Thursday, November 14, 2013

BAKING CAKE : Red Velvet Forest Cake







try nak buat kek..so try resepi nie..kek nie sedap bangat..sebab ala-ala forest kek... so pada tuan punya resepi tq...mummy just ambik terus resepi tuan blog ni..xda edit pong....

BAHAN BAHAN
(18cm-20cm)
Strawberry Sponge Cake
bahan A
3 biji kuning telur
100g gula kastor
120g tepung kek
50ml minyak masak/jagung
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
bahan B
1 sudu besar serbuk koko
120ml air suam
2-3 sudu kecil pewarna merah (ABM guna yg cair)
2 sudu kecil perasa strawberry
bahan C
3 biji putih telur
60g gula kastor
1 sudu kecil lemon juice
Simple Syurp
50ml air suam
1 sudu besar gula
Frosting dan Lain-lain
100g cream cheese (dilembutkan)
300ml whipping cream
25g gula kastor
150g jam strawberry
Buah cherry secukupnya
CARA CARA
Panaskan oven 170c
Strawberry Sponge cake
1. Satukan tepung, baking powder dan soda bikarbonat. Ayakkan. 
2.Masukkan kesemua bahan A kedalam mangkuk termasuk bahan di step (1) tadi. Guna whisk tangan (manual) sehingga sebati.
3. Campurkan kesemua bahan B dan masukkan kedalam adunan di step (2) tadi. Whisk kan sebati. Ketepikan.
4. Untuk bahan C, sediakan mangkuk lain. Putarkan putih telur sehingga berbuih. Masukkan jus lemon. Putarkan. Kemudian, masukkan gula sedikit demi sedikit. Gunakan kelajuan maksima sehingga mencapai stiff peak (kalau terbalikan mangkuk, putih telur tak tumpah). 
5. Masukkan separuh putih telur kedalam adunan di step (3) tadi. Kaup balik adunan. Kaup ala kadar je. Kemudian, masukkan adunan tersebut kedalam adunan lebihan putih telur. Kaup balik lagi sehingga sebati. JANGAN kaup terlalu kasar atau lama. Kaup slow2 je. Masukkan kedalam loyang. Bakar didalam oven yg dipanaskan tadi selama 50 minit. Jika dah 50 minit, cucuk lidi ditengah2 kek. Kalau lidi tu keluar dengan bersih, tak de cecair adunan lagi, bermakna, kek telah masak. Kalau belum, bakar lagi.
6. Sejukkan diatas redai sepenuhnya sebelum dipotong.
Simple Syrup
1. Satukan kesemua bahan dan kacau sehingga gula larut. Ketepikan.
Frosting
1. Putarkan whipping cream dan gula sehingga berbuih. Kemudian, masukkan cream cheese dan putarkan sehingga cream kental (soft peak). Ketepikan
Penyediaan
1, Jika kek dah sejuk, potong kepada 3 bahagian. Setiap bahagian yg dipotong hendaklah disapu dengan simple syrup tu supaya kek kekal moist. (Jika ada bahagian yg tak cantik, potong bahagian tersebut. Bahagian yg tak cantik tu boleh dipotong kecik2 untuk hiasan ditepi2 kek)
2. Diatas lapisan pertama, letakkan sedikit cream cheese frosting dan ratakan. Paipkan strawberry jam diatasnya. Sandwich kan dengan lapisan kedua. Buat kaedah yg sama juga. Setelah selesai, tutup dengan lapisan ke3. Cover keseluruhan kek dengan cream cheese frosting. 
3. Dibahagian tepi kek boleh letak apa2 yg suka. ABM letak hirisan kek yg tak cantik tu kat tepi kek. Pastu, letakkan cherry diatasnya untuk menampakkan kek tersebut ala2 kek black forest. Lebihan jam strawberry boleh dipaipkan diatas kek. Siap! Sejukkan seketika didalam peti ais sebelum dipotong.
nie mummy punya...muahahahahha...ok la...buat dan sekejap jer abis...
Try membuat kek marble ..ok jadi gak..

Try untuk buat BIENETTA..o memang sedap dan mudah...

Try chesse kek..oh tak jadi...so tak payah tunjuk yer...

Nuttela kek..sedap gak...just guna microwave jer kot...

Try Buat Coklat kek moist bangat....
ok la kan dari tak jadi...sekarang nie asyik mencuba berkenaan tentang kek.. mummy buat sebab anak-anak suka makan kek..hehehhe

THE END

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget