Wednesday, July 27, 2011

" Sophea Isabella " Malaysian astronaut Dr Sheikh Muszapha

Assalammualaikum,
Looks like a new astronaut has born in Malaysia. Just kidding. Malaysian astronaut Dr Sheikh Muszaphar and his wife Dr Halina gifted with a baby girl named Sophea Isabella, weighs around 3.6kg. She was born on 21st July 2011.
Their baby was really cute and hope this little girl will follow her father’s foot step to make Malaysia proud. Let’s checkout Sophea Isabella pictures below:


Gambar Anak Dr Sheikh Muszaphar Dr Halina  Sophea Isabella Baby Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina


Gambar Anak Dr Sheikh Muszaphar Dr Halina 1 Sophea Isabella Baby Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina

p/s:comeiii gileee......kaedah bersalin yang di gunakan oleh dr.halina adalah duduk dalam tab air bersalin dalam air selama 18 jam..ambik ko....!!! dia kata tak sakit..jom puan-puan kita cuba..hehehehhe

Suhaila, Isteri Jimmy Shanley Dedahkan Rahsia Keretakan Rumah Tangga Mereka

Akhirnya setelah lama berdiam diri, isteri Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy tampil ke hadapan untuk mendedahkan punca sebenar keretakan rumah tangga mereka berdua. Mengikut Suhaila, Jimmy Shanley terlalu mengongkong dan pernah memukulnya beberapa kali. Berikut ialah pendedahan Suhaila kepada Mstar.
“Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang… itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.
“Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan,” ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.
Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.
Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang “pelik” dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.
“Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.
“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.
“Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan…saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum,” ujarnya.
Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.
Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.
“Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab… semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.
“Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak,” ujarnya.
Apabila dihubungi untuk memberikan komen mengenai pendedahan daripada isterinya, Jimmy Shanley tidak menafikan pernah memukul isterinya. Berikut ialah kata-kata Jimmy:-
“Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,” ujar Jimmy.
Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.
Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.
Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.
“Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?” soal Jimmy.
Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.
Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.
Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.
Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Jimnmy Shanley, isteri dan anak mereka berdua.

copy abis dari :http://beautifulnara.com

FOOTBALL ,GEGiRL

assalammualaikum,

(tiap kali berblogging) mesti beri salam..kan satu pahala tu..)heheh malu.."macam ustazah pilihan pulak.... so nak citer lagi pasal si esya ni..aduyai..dikalangan sepupu papat dia...setakat ni dia la yang tunggal perempuan sebaya dan sewaktu dengan nya...aritu berkumpul untuk kenduri menyambut ramadhan kat umah maklang (buat2 kenal la yea) ...pastu petang tu pi jenguk kjap pe yang patut di tulun.."tak tulun pun masa tu tgh pening2 cinta..."so bawak la sekali si esya nie..so dia ni minat bangat dengan ball..so masa sepupu sepapat dia main pe lagi...mengikut seperjuangan la main bola..!! aisyhh... dah macam beboy da aku tgk!! tak caya meh tengok gambar....

tengok be boy semua kan!!!

sepakkan dari mohd esya..hahahhaha


saper nak jadi keeper!!!
nampak tak beza arissya 1tahun 9 bulan  dgn boy tu amar 4 tahun?? dah nak sama tinggi NyEr!!!


tibe-tibe sweet !!!

assalammualaikum,

tibe-tibe nak sweet plak..ala macam biasa saje nak men "sweet" kan blog tentang arissya adriana. dia kan duduk dengan nany dia..so tiap kali jumpa dia, ada jer lagu update yang dia nyanyi.... ala lagu wake up wake up..entah la..pastu lagu selektron indonesia..cite ape tah..kat channel  105 prima pukul 2.00pm tu..siap mulut muncung "minta ampun aku....bukan siap-siapa,...aku hanya manusia, aku bukan siapa siapa.."gitu la lagu nya.. aisyyhh..
i'm really glad have beautiful and sweety girl like arissya...dia la penhibur lara hati kami...pandai berkata-kata..ayat yang sanga manis sampai mummy pun tergoda dengan kemanjaan dia tu!!!aissyhhhh...........





heheheheheh  (",)


There was an error in this gadget