Monday, June 27, 2011

TAHNIAH KEPADA JIMMY SHANLEY!!!

cOMEL baby Girl jimmy!!

Wah comelnyer anak  Anak Jimmy Shanley , Tahniah buat Jimmy Shanley dan isteri Nursuhaila Eliani….yer memang cute sangat Zahrah Shanley..Nama gabungan ibu dan ibu mertua Jimmy Shanley..Terharu tengok Jimmy di Gala Plus pagi td… …semoga dengan kehadiran Zahrah Shanley dapat menambahkan lagi kebahagian dalam hidup jimmy dan isteri… 

pagi-pagi twitter dah ade berita pasal anak Jimmy Shanley... Zahrah Shanley nama die.. comel tau.. menurut kata red mummy, Jimmy Shanley menangis bila dapat jumpa anak kandung die sendiri... Semoga dengan kehadiran cahaya mata yg sungguh indah ni mereka dapat bersama semula, mendidik anak mereka menjadi anak yg solehah.. amin.. ni aku ada copy paste sikit dr entry beautiful nara.. 

Bangun-bangun pagi check email terus ternampak satu email yang bertajuk “Gambar anak Jimmy Shanley“. Menurut pengirim email gambar di atas ialah Zahrah Shanley. Zahrah Shanley telah dilahirkan dengan berat 2.2 kilogram di hari Jumaat lepas di Putra Medical Centre, Sungai Buloh.
Jimmy Shanley nampaknya memang benar-benar menghargai dan menanti kehadiran anak sulungnya. Jelas dapat dibaca kegembiraan Jimmy daripada kata-katanya di bawah ini:-
Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya. Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani
Zahrah sungguh bertuah mendapat seorang ayah yang sangat prihati dan mencintai dia. Semoga dengan kehadiran Zahrah akan menyatukan kembali ikatan ibu dan ayahnnya. Sama-samalah kita doakan.