Tuesday, August 16, 2011

AYAM BAKAR ALA-ALA FRANCE

Assalamualaikum semua,

selamat berpuasa yang ke -16..sabtu lepas mummy ada la dok tgk rancang channel di 707 astro..masa tu da masakan Fresh from france ...ala klu da bulan puasa kan apa yang ko buat..mesti nak tgk masakan kan...dari benda yang tak reti buat mesti bole buat..hehehe nafsu kan..

pastu mummy, mak , and abah pergi ke NSK selayang untuk cari lauk untuk berbuka...dah pesan dengan abah siap2 , abah nnt ambik ayam yea...

masa tu mak mummy teringin nak buat nasi cendawan nad buat soup sayur,...so kira kena la klu makan ayam yang mummy akan buat nie..nk tiru resepi orang putih tu...mak tak kospiden (heheheh) langsung menu ko..jap lagi kita singgah jugak la beli ayam golek takut tak jadi pulak kang..

Bahan-bahan nyER kacang giler...petik jari jer bole buat:

Ayam (lapab ketul) drumstik, kepak,bahagian dada sahaja!!!(klu nak masuk sekor ayam pun bole)
Kentang 3 biji
carrot 2 biji
Bawang sebiji
Jagung sebiji
tomato ambik banyak skit 5 biji
minyak jagung
kuib ayam
Garam/Gula
Lada hitam

Cara-caraNYa
  • sangat senong...korang ambilk bekas yang boleh di masukkan dalam avon ...mummy guna bekas bakar kuih je...
  •  sapukan planta pada bekas kuih tadi..
  • masukkan ayam,kentang, carrot, tomato, bawang, kuib ayam, garam gula, lada hitam, jagung pastu letak minyak jagung..
  • pastu gaulkan semua dan susun kentang biar letak diatas ayam supaya kentang tu bole masak secukupnya..
  • bakar selama 2 jam tau...pastu ambik senduk gaulkan supaya ayam tu masak sama rata..
nanti da masukkan semua bahan macam ni la jadinya

gaulkan semua supaya garam, lada hitam, gula dan kuib sebati


Bakar selama 2 jam

Tahap panas tu tak reti nak cakap..korang bagi tahap paling panas la..
nie yang da siap...nak tau kenapa dia berkilat (minyak jagung) dan nampak basah (air tomato)  menjadi kuah dan kita tumpahkan diayam tu..



p/s: kuah dia memang sedap(dari air tomato/jagung/ayam/)..kentang tu jadi sedap sangat...pastu ayam tu jangan kata la sedap gile...jagung tu anak mummy pun suka makan..dia kata manis dan ada rasa pedas..

komen abah: along, ayamm ko lagi sedap dari ayam golek yang kita beli nie..

abah paling banyak komen..memuji melangit dan melambung-lambung..kembang la aku..

komen mak: ehemmmm ...(jelous la tu)....