Monday, May 9, 2011

ADA PERSAMAAN KER?

tertiba ingat kat my mum.."along cuba cari majalah putri diana mak..mak kemas tak jumpa-jumpa la..bukannya yer apa my mum minat gile kat puteri diana ni.setiap majalah puteri diana my mum ada..nanti klu da jumpa mumie ambik photo majalah tu yea utk kongsi dengan uall..so sajer jer mumie letak persamaan antara mereka berdua ni..katie dan diana..jom layan jer..just formengingati diana yang sangat cantek dan berkaliber nie!!!






p/s:kita tunggu anak raja putra johor pulak kawin yea..kenapa anak sultan johor plak??coz dia masa remaja ehcemmm tueee!!!!

BILIK PUTRIKU ARISSYA

Kelmarin.. mumie mimipi indah..wahhh ..bukan mimpi ada pakwe baru yea..NO nO No.. hahaha tapi mimpi pasal bilik arissya..mummy dah lama sangat nak beli set bilik arissya..tapi tak beli-beli lagi..asyik dok surveyyy jer la kjer den nie..heheheh..dalam mimmpi mummy bilik tu colour pink vs purple...bertemakan bilik bidadri..wahhhh ko tni hebat!!!  sekarang ni dalam perancang mummy nak buat bilik arissya macam dalam gambar ni...arissya msti suka kamar dia nnt!!! but duit apa lagi tong tong la dengan en.dady kita..duit kumPul mu da cukup belum??heheheh apa-apa pun wish me ok supaya dapat tercapai nak buat bilik anak i macam ni!!wahh bukan berangan tau bertekad sebenarnya...!!!!

BILIK arissYA !!!!!
FULL SET
BED "TEMA SWEET DREAM POWER PUFF GIRL "

"STUDY UNTILL NITE"
nie bilik arissya yang akan di make over nanti...!!!
P/S:semuanya rm 3000+++ hahahhaha dah sama harga katil mummie !!!

Friday, May 6, 2011

SEHARI SEBELUM DI NIKAHKAN!!

Masa mummy sehari sebelum menjadi isteri zulkarnaien. mummy gi ber joli dlu..heheh al-maklum la kebebesan pas kawen terhad dan ditangan suami. kannn..gile rindu beb..my best patner kat office..officemate yang sangat happening masa ni..kami berkarok..main bowling pastu g ambik gambar kat dalam kotak tuuuue..rasanya masing2 da lagi kot gambar ni.. untuk rapi, bos dan zan.. nie semua sweet bangat..sampai sekarang en.zul tak pernah nampak dan terkantoi lagi kat dia..hehehheeh..


INFO TIPS UNTUK UALL !!!

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
 

  1. Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka 
  2. Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi / budak. Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi / selalu sakit tulang belakang / tulang belakang bengkok / rasa mengantuk selepas asar  
  3. Saka dipindahkan melalui Kasih sayang / Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan 
Symptom dah terkena saka

  • Tak boleh tidor lena tapi  
  • bila dekat azan subuh, senang lena
  • Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
  • Susah nak dapat anak, senang gugur
  • Ada rasa kelibat orang lalu
  • Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam
  • Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan
  • Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang 
  • penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia. Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak 
  • Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan
  • Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari

Anak Lari Dari Rumah


  1. Kalau anak lari dari rumah, gantungkan bajunya dihanger dan anginkan dan hadiahkan surah al-ikhlas setiap hari 
  2. Masa lauangan azan yang pertama, panggilah nama anak kita, insyallah akan sampai panggilan kita kepadanya

Anak Degil


  1. Bila anak dah tidor, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK
  2. Ni seram sket masa nak buat hehehe.. mula2 je lepas tu ok..e.g. Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Nasha dah try buat kat anak and Kak Has pun dah try ngan anak dia, setakat ni alhamdullilah menjadi  
  3. You can ask anything! Nak anak senang bangun ke sekolah.. just try and see.

So info dah disampaikan, marilah kita sama2 praktikan mana yang bolehkan

RENUNGAN JUMAAT :DASYATNYA SEORANG IBU

Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu
Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah siksa Allah bilamasa ada masa untuk buat benda tak baik tapi takdak masa nak buat yang baik

Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita disiksa Allah

Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang so ibu2 jangan jatuh air mata ye and anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak

Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya
Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka

  • Melihat kaabah sehingga menitis air mata 
  • Membaca quran sehingga menitis air mata  
  • Memandang wajah ibu yg sedar tidur / sedar hingga berlinang air mata

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidor!  

  • Anak 
  • Ibu  
  • Suami
Perselisihan faham dgn suami / isteri

kata ustaz kalau kita ada perselisihan faham dgn suami / isteri sampai nak bercerai, tgk laa muka bila dia tidor kalau masih terbit perasan kasih, saying, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada rasa tu semua maksudnya jodoh dah memang takde, boleh proceed pi mahkamah J

Orang yang selalu menatap and memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya… kira tak menangis teruk laa.. Bagi siapa yg masih ada ibu, pandang laa selalu
Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menujukkan sesuatu pada ibu

Kalau ada niat yang baik teruskan laa..Allah akan bersama, jangan takut

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong org, niat nak tolong pun dah memadai

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik ...

Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya!

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita telah tiada!
Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup

"Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sket..sedeh gak laa.. pi ke pusara mak kita cakap..“Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia engok cucu mak kawinkan” atau “bapa saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan..” Ustaz kata luahkan kepada ibu / bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana. "

P/S: TERINGAT KAT KAK SEDARA MUMMY..B4 KAWIN DIA PERGI DULU KAT KUBUR BAKAL BAPA MERTUA DIA SEDEKAHKAN SURAH YASIN DAN AL-FATIHAH DAN MEMOHON AGAR PERKAHWINAN MEREKA DIRESTUI.

Thursday, May 5, 2011

THE ROOMATE

THE ROOMATE
Malam tadi tengok cite the roomate niee..hmm so far tak la bagus mane cite nyer. 2 Bintang mummy bagi.kisahnya budak college Sara Minka Kelly yang mempunyai roomate rebecca Leighton Meester yang obses dan pyscho gile-gile..hmm setiap orang yang sara jumpa untuk jadi kawan,boyfriend,BFF bersama sara ..rebecca akan bunuh dan mengancam orang-orang tersebut ..hmmm citer dia biasa sangat la..tapi pada masa yang sama cerita ni memang benar tentang kehidupan di kolej..teringat mummy tentang roomate mummy kat u dulu-dulu...but xda la sampai obses dan pyscho..teringat pulak masa kat u dulu masa part 1..roomate nie dia waktu malam akan menangis sambil bercakap kat hp dalam toilet..rambut dia akan buat serabut gile..pehh memang gile babas seram dduk dgn dia...bile masuk part 2 untill part 6 dapat roomate pun macam-macam perangai..ada yang gile clubbing...ada yang gile seks *heheheh*..ada yang kampung gile, ada yang mencuri,kuat menipu..aissyshhh macam-macam la..tinggal lagi pendirian pada diri kita kena kuat dah cukup!!!!! betul tak?



nIe roomate U..baya mummy paling mummy sayang untill now masih lagi akrab!!!

Nie housemate.. kak ika yang cute yang besttt duduk dengan dia....!!!
Rindunyyer kat uall!!!!

Wednesday, May 4, 2011

HARI "CLAMP" BERJIRAN!!!!

Meh kali nie mummy nk cite pasal hari clamp kat apartment mummy di Fasa 7 Presint ???..hari malang buat mummy sebab keretaku sudah knea clamp oleh BPH..so nampak jer kena clamp SeNYUM jer..dan tak perlu kata apa-apa..heheheh..yang paling best dah la satu deret kereta tu semuanyer jiran mummy..kami mampu senyum sesama sendiri je pagi ni,...

Bukannya apa parking kat apartment tu sudalah tak cukup sehingga melimpah ruahh  kereta parking kat tepi jalan..so pagi-pagi lagi mummy pergi bayar kat BPH rm 50.00 pastu buat aduan sikit supaya "BPH before nak clamp kereta orang makesure parking kat semua kawasan diperiksa ada kosong atau tidak..klu ada tapak parking kosong baru la CLAMP" maknanya dorang tu mengada-ngada parking tempat yg salah..tapiii  klu xda parking kosong tolong la simpati skit coz bukannya kami ni suka2 nak park kat tepi bangunan tapi kat BLOK A1 tu mmg da penuh.." nak tau apa penguatkuasa tu cakap..kak kami tau tempat tu penuh xda parking tapi bos kami suru buat jugak ..lagi satu nanti akak park la kat tepi lobby dewan ker??"

p/s: dik klu akak parking kat lobby dewan lagi susah..susah nnt orang nak buat u turn..hmmmm camno tuuue!!!

Contoh dari alam setia:  Salah satu kerete kena clamping oleh BPH... 


Nie resit mummy dah lepas bayar tadi!!!!! Tarikh 4/5/2011

Nie mummy dapat dari utusan orang complain pasal BPH!!!!
" UTUSAN"

Tambah memeritkan apabila pihak pengurusan bersikap tegas keterlaluan dan tidak kena pada tempatnya.

Kompleks kuarters ini mula diduduki sejak tiga tahun lalu. Ia mempunyai lima blok apartmen dengan lebih kurang 360 unit rumah.

Tempat letak kereta disediakan sama banyak dengan jumlah unit kediaman. Satu unit rumah diperuntukkan dengan satu lot tempat letak kereta.

Tetamu yang datang ke rumah kami terpaksa ‘pandai-pandai sendiri’ sebab memang tiada tempat letak kereta untuk pelawat atau ‘orang luar.’

Masalahnya, sebahagian besar penghuni di sini terdiri daripada suami isteri yang bekerja dan mempunyai sekurang-kurangnya dua buah kereta.

Kami sangat berpuas hati dengan keadaan apartmen ini kerana ia sangat luas dengan setiap unit mempunyai tiga atau enam bilik. Memang selesa.

Tetapi ia dicacatkan dengan masalah tempat letak kereta. Bayangkan jika sebuah rumah mempunyai dua kereta, di manakah sebuah lagi kereta akan diletakkan?

Maka kami tiada pilihan. Terpaksa meletak kereta di mana-mana sahaja. Namun kami tetap mengambil kira ia tidak menghalang lalu lintas serta tidak mengganggu penghuni lain.
Itupun kerana tidak dapat dielakkan. Jika kereta tersebut boleh ‘dilipat-lipat’ sudah pasti ramai yang membawanya naik ke rumah!

Tetapi kebelakangan ini, Bahagian Perumahan dan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri mula membuat penguatkuasaan tempat letak kereta. Setiap hari ada sahaja kereta yang ‘dirantai’ (clamp). Susulan daripada tindakan merantai itu, ‘mangsa’ akan menerima notis amaran.

Tambah malang apabila notis itu turut dihantar kepada ketua jabatan masing-masing. Ini bermakna ia mungkin dimasukkan ke dalam fail peribadi penghuni kuarters yang menjadi ‘mangsa’ tersebut.

Untuk pengetahuan, kami juga berdepan dengan notis amaran itu sekiranya tetamu kami yang melakukan kesalahan meletak kereta.

Sekiranya tiga kali melakukan ‘kesalahan’ yang sama, penghuni akan mendapat surat yang mengarahkan mereka keluar dari kuarters tersebut.

Bayangkan seorang pegawai awam yang sangat dedikasi dan komited ketika bertugas tetapi rekod peribadinya tercalar hanya kerana kesalahan meletak kereta!

Oleh itu, sebagai kakitangan awam dan rakyat biasa, kami sangat memerlukan pembelaan. Kami juga memohon agar perkara ini diberi perhatian oleh pihak Ketua Setiausaha Negara. Janganlah surat aduan kami dihumban ke dalam tong sampah.

Bukan untuk menidakkan peraturan. Namun bagi saya dan penghuni lain, kami berpendapat, kemudahan harus lebih sempurna sebelum tindakan menghukum diambil. Hakikatnya, mengarahkan penduduk keluar dari kuarters bukan penyelesaian mutlak. 

Masalah tempat meletak kereta akan berterusan. Jumlah penghuni yang terpaksa mengosongkan rumah juga akan bertambah. Sampai bila perkara ini akan berlaku?
Rasanya memang banyak duit rakyat terpaksa dihabiskan oleh BPH untuk membayar kerja lebih masa (overtime) kakitangannya. Masakan tidak, mereka membuat tugas ‘penguatkuasaan’ di kuarters ini setiap hari selepas pukul 11 malam.

Rasanya duit itu lebih wajar digunakan untuk menyediakan tempat letak kereta.
Atau mungkin memang niat BPH mahu memberi pendapatan tambahan untuk kakitangannya?

p/S:Pikir kan bersama ..orang yang duduk apartment seperti kami!!!