Wednesday, May 4, 2011

HARI "CLAMP" BERJIRAN!!!!

Meh kali nie mummy nk cite pasal hari clamp kat apartment mummy di Fasa 7 Presint ???..hari malang buat mummy sebab keretaku sudah knea clamp oleh BPH..so nampak jer kena clamp SeNYUM jer..dan tak perlu kata apa-apa..heheheh..yang paling best dah la satu deret kereta tu semuanyer jiran mummy..kami mampu senyum sesama sendiri je pagi ni,...

Bukannya apa parking kat apartment tu sudalah tak cukup sehingga melimpah ruahh  kereta parking kat tepi jalan..so pagi-pagi lagi mummy pergi bayar kat BPH rm 50.00 pastu buat aduan sikit supaya "BPH before nak clamp kereta orang makesure parking kat semua kawasan diperiksa ada kosong atau tidak..klu ada tapak parking kosong baru la CLAMP" maknanya dorang tu mengada-ngada parking tempat yg salah..tapiii  klu xda parking kosong tolong la simpati skit coz bukannya kami ni suka2 nak park kat tepi bangunan tapi kat BLOK A1 tu mmg da penuh.." nak tau apa penguatkuasa tu cakap..kak kami tau tempat tu penuh xda parking tapi bos kami suru buat jugak ..lagi satu nanti akak park la kat tepi lobby dewan ker??"

p/s: dik klu akak parking kat lobby dewan lagi susah..susah nnt orang nak buat u turn..hmmmm camno tuuue!!!

Contoh dari alam setia:  Salah satu kerete kena clamping oleh BPH... 


Nie resit mummy dah lepas bayar tadi!!!!! Tarikh 4/5/2011

Nie mummy dapat dari utusan orang complain pasal BPH!!!!
" UTUSAN"

Tambah memeritkan apabila pihak pengurusan bersikap tegas keterlaluan dan tidak kena pada tempatnya.

Kompleks kuarters ini mula diduduki sejak tiga tahun lalu. Ia mempunyai lima blok apartmen dengan lebih kurang 360 unit rumah.

Tempat letak kereta disediakan sama banyak dengan jumlah unit kediaman. Satu unit rumah diperuntukkan dengan satu lot tempat letak kereta.

Tetamu yang datang ke rumah kami terpaksa ‘pandai-pandai sendiri’ sebab memang tiada tempat letak kereta untuk pelawat atau ‘orang luar.’

Masalahnya, sebahagian besar penghuni di sini terdiri daripada suami isteri yang bekerja dan mempunyai sekurang-kurangnya dua buah kereta.

Kami sangat berpuas hati dengan keadaan apartmen ini kerana ia sangat luas dengan setiap unit mempunyai tiga atau enam bilik. Memang selesa.

Tetapi ia dicacatkan dengan masalah tempat letak kereta. Bayangkan jika sebuah rumah mempunyai dua kereta, di manakah sebuah lagi kereta akan diletakkan?

Maka kami tiada pilihan. Terpaksa meletak kereta di mana-mana sahaja. Namun kami tetap mengambil kira ia tidak menghalang lalu lintas serta tidak mengganggu penghuni lain.
Itupun kerana tidak dapat dielakkan. Jika kereta tersebut boleh ‘dilipat-lipat’ sudah pasti ramai yang membawanya naik ke rumah!

Tetapi kebelakangan ini, Bahagian Perumahan dan Hartanah (BPH), Jabatan Perdana Menteri mula membuat penguatkuasaan tempat letak kereta. Setiap hari ada sahaja kereta yang ‘dirantai’ (clamp). Susulan daripada tindakan merantai itu, ‘mangsa’ akan menerima notis amaran.

Tambah malang apabila notis itu turut dihantar kepada ketua jabatan masing-masing. Ini bermakna ia mungkin dimasukkan ke dalam fail peribadi penghuni kuarters yang menjadi ‘mangsa’ tersebut.

Untuk pengetahuan, kami juga berdepan dengan notis amaran itu sekiranya tetamu kami yang melakukan kesalahan meletak kereta.

Sekiranya tiga kali melakukan ‘kesalahan’ yang sama, penghuni akan mendapat surat yang mengarahkan mereka keluar dari kuarters tersebut.

Bayangkan seorang pegawai awam yang sangat dedikasi dan komited ketika bertugas tetapi rekod peribadinya tercalar hanya kerana kesalahan meletak kereta!

Oleh itu, sebagai kakitangan awam dan rakyat biasa, kami sangat memerlukan pembelaan. Kami juga memohon agar perkara ini diberi perhatian oleh pihak Ketua Setiausaha Negara. Janganlah surat aduan kami dihumban ke dalam tong sampah.

Bukan untuk menidakkan peraturan. Namun bagi saya dan penghuni lain, kami berpendapat, kemudahan harus lebih sempurna sebelum tindakan menghukum diambil. Hakikatnya, mengarahkan penduduk keluar dari kuarters bukan penyelesaian mutlak. 

Masalah tempat meletak kereta akan berterusan. Jumlah penghuni yang terpaksa mengosongkan rumah juga akan bertambah. Sampai bila perkara ini akan berlaku?
Rasanya memang banyak duit rakyat terpaksa dihabiskan oleh BPH untuk membayar kerja lebih masa (overtime) kakitangannya. Masakan tidak, mereka membuat tugas ‘penguatkuasaan’ di kuarters ini setiap hari selepas pukul 11 malam.

Rasanya duit itu lebih wajar digunakan untuk menyediakan tempat letak kereta.
Atau mungkin memang niat BPH mahu memberi pendapatan tambahan untuk kakitangannya?

p/S:Pikir kan bersama ..orang yang duduk apartment seperti kami!!!

No comments:

Post a Comment