Thursday, November 29, 2012

kek kahwin "anje"..







ni mummy tempah kat kawan...sangat best dan sedap tau...kalau nak tempah atau sebarang pertanyaan bole pm o call mummy ....

happy meal at 2012....








TADIKA UNTUK ESYA :TADIKA ARINA


 Salam semua,

puas mencari tadika untuk esya tahun depan kat putrajaya...semua FULL ok!!!

tahun depan esya da 4 tahun tau,... so mencari alang-alang da mahal cari yang bagus terus...alhamdulilah mummy da jumpa tadika tu untuk esya....

belajar mandarian, al quran, English, mate, piano and else....

monthly rm400 shj....

hope arissya happy sbb da kelas muzik sekali...

jadi anak yg cerdik dan solehah ok..

 

Mari belajar di TADIKA ARINA , PUTRAJAYA


Terletak di No 16 , Jalan P9G1/1 PRESINT 9 , Putrajaya , TADIKA ARINA ini sebuah tadika Chinese Muslim yg diasaskan oleh Pn Nurul Arina Tan dan suaminya.Ini sememangnya dinantikan oleh penduduk Putrajaya yang mana ramai ibu bapa agak kesukaran untuk mencari kelas bahasa mandarin untuk anak kecil mereka dalam mendapatkan pendidikan awal.
 
Di Tadika Arina ini , para guru yang berpengalaman akan mengajar mata pelajaran seperti Eng , BM , Bahasa Cina , Art , Agama , Science , math  manakala Piano dan Organ adalah optional.
Bagi fullday students pulak diwajibkan untuk menghadiri kelas mengaji al-quran pada setiap isnin hingga jumaat di sebelah petang.
Yuran bulanan adalah termasuk kelas mengaji Al-quran dan mata pelajaran yang lain (kecuali piano dan organ) .
Dan di setiap Jumaat pula akan dikenali sebagai Hari Agama / Agama Day yang mana para pelajar akan memakia baju melayu/kurung....(aiiyyaa macam raya oohh).... belajar secara praktikal mengenai solat , wudhu, asas fardhu ain, aqidah, feqah dan sirah Nabi.
Apa yang special tentang Tadika Arina ini adalah kelas bahasa mandarin dan kelas piano akan diajarkan oleh Pn. Arina sendiri.Beliau akan memastikan semua student pandai bertutur membaca dan menulis dalam bahasa mandarin.( rugi tak belajar woo ) , mereka boleh mengasah bakat dalam nyanyian , bermain alat muzik , bercerita dan banyak lagi.
Tadika Arina ini juga mempunyai konsep tersendiri iaitu budak-budak tidak digalakkan tidur di sebelah petang...(berbeza dengan tadika lain)....Ini adalah untuk melatih budak-budak untuk membiasakan diri mereka sebelum melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.
Selain itu, Tadika Arina juga mengamalkan “A new word a day” satu hari satu nama Allah (Asma Ul Husna)......bestt wooo anak2 kita dapat hafal.....Disamping itu pihak pengurusan Tadika Arina juga menyediakan bilik kelas yang berhawa dingin dan selesa,Trip cuti sekolah , Hari Sukan , Peperiksaan awal dan akhir tahun , perpustakaan , tandas yang berlainan jantina , katil untuk pelajar yang tak sihat (sickbay), makanan yang sedap ! Heheh .. Kenapa sedap sbb gabungan citarasa barat dan asia …..siap ada menu lagi....minuman yang disediakan pulak adalah milo, soya bean, susu dan jus oren....ish..ish..ish..mana mau cari tadika macam nieee....
Bahasa utama yang akan digunakan di sini adalah bahasa English kecuali bila kelas BM , Bahasa Cina dan Agama saja dalam bahasa Melayu. Dan mereka gunakan multimedia bila mengajar ..
Tidak lupa juga ada Graduation Day bagi pelajar yang berjaya tamatkan kelas tadika mereka .. hehehe .. Cam dapat degree woo .. hehe.. Pengalaman yang tak boleh dilupakan...Jom..apa tunggu lagi...daftarlah anak-anak sekarang sebab ia “first come first serve” and “only limited seats available......
*Tadika Arina akan buat trip ke Kidszania tahun depan,insha ALLAH
Untuk lihat dan mengetahui dengan lebih lanjut, sila klik SINI.