Salam semua,
puas mencari tadika untuk esya tahun depan kat putrajaya...semua FULL ok!!!
tahun depan esya da 4 tahun tau,... so mencari alang-alang da mahal cari yang bagus terus...alhamdulilah mummy da jumpa tadika tu untuk esya....
belajar mandarian, al quran, English, mate, piano and else....
monthly rm400 shj....
hope arissya happy sbb da kelas muzik sekali...
jadi anak yg cerdik dan solehah ok..
Mari belajar di TADIKA ARINA , PUTRAJAYA
Terletak
di No 16 , Jalan P9G1/1 PRESINT 9 , Putrajaya , TADIKA ARINA ini sebuah
tadika Chinese Muslim yg diasaskan oleh Pn Nurul Arina Tan dan
suaminya.Ini sememangnya dinantikan oleh penduduk Putrajaya yang mana
ramai ibu bapa agak kesukaran untuk mencari kelas bahasa mandarin untuk
anak kecil mereka dalam mendapatkan pendidikan awal.
Di
Tadika Arina ini , para guru yang berpengalaman akan mengajar mata
pelajaran seperti Eng , BM , Bahasa Cina , Art , Agama , Science , math
manakala Piano dan Organ adalah optional.
Bagi
fullday students pulak diwajibkan untuk menghadiri kelas mengaji
al-quran pada setiap isnin hingga jumaat di sebelah petang.
Yuran bulanan adalah termasuk kelas mengaji Al-quran dan mata pelajaran yang lain (kecuali piano dan organ) .
Dan
di setiap Jumaat pula akan dikenali sebagai Hari Agama / Agama Day yang
mana para pelajar akan memakia baju melayu/kurung....(aiiyyaa macam
raya oohh).... belajar secara praktikal mengenai solat , wudhu, asas
fardhu ain, aqidah, feqah dan sirah Nabi.
Apa
yang special tentang Tadika Arina ini adalah kelas bahasa mandarin dan
kelas piano akan diajarkan oleh Pn. Arina sendiri.Beliau akan memastikan
semua student pandai bertutur membaca dan menulis dalam bahasa
mandarin.( rugi tak belajar woo ) , mereka boleh mengasah bakat dalam
nyanyian , bermain alat muzik , bercerita dan banyak lagi.
Tadika
Arina ini juga mempunyai konsep tersendiri iaitu budak-budak tidak
digalakkan tidur di sebelah petang...(berbeza dengan tadika lain)....Ini
adalah untuk melatih budak-budak untuk membiasakan diri mereka sebelum
melangkah ke alam persekolahan yang sebenar.
Selain itu, Tadika Arina juga mengamalkan “A new word a day”
satu hari satu nama Allah (Asma Ul Husna)......bestt wooo anak2 kita
dapat hafal.....Disamping itu pihak pengurusan Tadika Arina juga
menyediakan bilik kelas yang berhawa dingin dan selesa,Trip cuti sekolah
, Hari Sukan , Peperiksaan awal dan akhir tahun , perpustakaan , tandas
yang berlainan jantina , katil untuk pelajar yang tak sihat (sickbay),
makanan yang sedap ! Heheh .. Kenapa sedap sbb gabungan citarasa barat
dan asia …..siap ada menu lagi....minuman yang disediakan pulak adalah
milo, soya bean, susu dan jus oren....ish..ish..ish..mana mau cari
tadika macam nieee....
Bahasa utama yang akan
digunakan di sini adalah bahasa English kecuali bila kelas BM , Bahasa
Cina dan Agama saja dalam bahasa Melayu. Dan mereka gunakan multimedia
bila mengajar ..
Tidak lupa juga ada Graduation
Day bagi pelajar yang berjaya tamatkan kelas tadika mereka .. hehehe ..
Cam dapat degree woo .. hehe.. Pengalaman yang tak boleh
dilupakan...Jom..apa tunggu lagi...daftarlah anak-anak sekarang sebab ia
“first come first serve” and “only limited seats available......
*Tadika Arina akan buat trip ke Kidszania tahun depan,insha ALLAHUntuk lihat dan mengetahui dengan lebih lanjut, sila klik SINI.
No comments:
Post a Comment