My Best Girlfrenz (BGF) |
Tuesday, March 1, 2011
I MISS BGF
my Dear Elly...if u read my entry...i nk bgtau i really miss a lot of thing with u..kenangan kita bersama..agak sukar nak lepak bersama seperti dulu kan kan..sekarang ni masa dah banyak berubah..elly pas married ni if kita tak jumpa macam dlu i still love u and miss u much tau bukan tak ingat kat u but bz lorrr dengan anak and aktiviti mcm-mcm lorr......u nk tau apa yang paling i rinduuu.. paling i rindu duduk dan berborak sesama sambil dengar lagu maria carey kan kan..hihihihi...pastu makan durian kat taman..ingat tak???pasni klu nak makan durian kat USJ kena lah bawak anak-anak kita sekali.."but" kna tnggu ank-ank kita membesar dlu la kan... apa-apa pun i really miss u much Dear!!!!!! u are my best girlfrenz ever!!!!~~~~~
TIPS : MEMILIH BAJU NAMPAK LEBIH LANGSING
TIPS MEMILIH PAKAIAN |
Tip berpakaian untuk tubuh berisi :
Memiliki tubuh pendek dan mungil, kadangkala menimbulkan masalah ketika ingin memilih pakaian yang sesuai. Namun ini tidak bererti masalah itu tidak boleh diatasi. Ada beberapa trik yang boleh dimanfaatkan untuk membuatkan tubuh badan terlihat lebih tinggi dan langsing:-
1.Kenakan baju atau blaus yang kemasannya menarik mata untuk turun secara vertikal. Kolar berpotongan 'V' merupakan pilihan yang baik.
2.Masukkan baju atau blaus ke dalam seluar panjang supaya kaki anda kelihatan lebih panjang dan tentu saja anda akan tampak lebih tinggi.
3. Pilih pakaian yang betul-betul sesuai dengan tubuh badan. Pakaian yang terlalu longgar seperti jaket yang besar akan membuatkan anda kelihatan lebih besar daripada saiz badan yang sebenar.
4.Kenakan pakaian dengan motif atau corak yang bergaris vertikal.
5. Jangan takut mengenakan skirt pendek. Sebaliknya hindari skirt yang labuhnya melepasi lutut atau sehingga betis. Pemakaian sebegini akan membuatkan tubuh badan seperti terpotong dan akibatnya anda tampil lebih pendek.
6.Jangan lupa mengenakan kasut bertumit tinggi.
6 Tip berpakaian yang mesti anda tahu:
1. Pakaian yang menggunakan warna gelap akan menimbulkan kesan ramping pada tubuh badan.
2. Baju tanpa lengan, berleher tinggi (turtleneck), sangat sempurna untuk meminimalkan dada yang besar.
3. Tidak ada kata maaf untuk garis seluar dalam yang kelihatan. Carilah trik agar garis seluar dalam anda tidak kelihatan. Salah satu caranya, gunakan seluar dalam berpotongan "G-string".
4. Sebaiknya gantilah kasut lama anda, kasut yang sudah terlalu lama mempunyai warna yang pudar dan ini akan merosak penampilan.
5. Kasut dengan tumit yang sangat rendah sukar untuk dipadankan dengan gaun atau kemeja. Bagaimanapun, ia baik untuk kesihatan kaki.
6. Anda beruntung jika memiliki leher yang jinjang. Ini kerana bentuk leher seperti ini sesuai untuk baju yang berkolar tinggi. Jika leher anda sedikit lebih pendek, pakailah rantai atau kalung yang akan memberi kesan lebih cantik.
Jangan Lupa :
Menyesuaikan warna pakaian dengan waktu dan tempat. Warna gelap untuk acara formal sedangkan warna cerah untuk acara informal. Sesuaikan warna dengan karakter. Kalau anda ingin menyerlahkan sifat feminin, pakailah pakaian yang terdiri daripada warna-warna pastel. Sebaliknya, jika ingin ingin menarik perhatian orang ramai, pilih pakaian yang berwarna terang.

Perkara asas yang perlu anda tahu dalam pemilihan pakaian ialah memilih warna yang sesuai dengan kulit. Sekiranya anda berkulit cerah pasti mudah memilih warna pakaian yang sesuai, tetapi bagaimana jika anda memiliki kulit berwarna gelap? Semak tip berikut supaya anda tidak salah memilih warna.
1. Jika anda berkulit cerah (putih) jangan sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink.
2. Jika anda berkulit kuning langsat warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru merupakan pilihan yang terbaik.
3. Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat lebih menarik.
4. Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat untuk pakaian anda.

Subscribe to:
Posts (Atom)