ESYA:
pagi tadi saya baru jer memarahi esya dengan agak keras.. dia dah menggosokkan mata nk nagis maybe dia pendam jer masa mummy membebel dr rumah smp sekolah..hantar ke sekolah tadi pun suru dia turun kereta sendiri.. selalu nya saya hantar smp depan pintu.. hari ini saya tengok esya gosok mata sebak nak nagis masa hantar tadi..mmungkin dia nk mummy dia pujuk..sorry mummy terpaksa ajar kakak sikit supaya hormat masa ..dan jangan belajar banyak alasan. .
minggu nie esya nampak sedih dan murung kebelakangan nie,... saya mula syak dia mula rindu kat daddy dia...daddy skg dah kerja 12 jam non stop, dan masa esya bangun tido, daddy dah pegi kerja , bile malam esya dah tido, daddy baru balik rumah buatkan esya tak bermain, mengadu dan manje dengan daddy dia.. bile tgk esya menangis tibe2 bile tanye esya kata xda pe2... mummy bole rasa kakak rindu dengan daddy... semalam daddy peluk kakak, esya mula kata "mummy , pagi tadi daddy peluk esya" "mummy, baju esya bau minyak wangi daddy la mummy"alahai sian dia.. nampak sangat dia rindu kat daddy dia...
The End..hehheheheh "sayu hati sebab Fist time marah esya tak pujuk balik...esya punya sebak tu buat kita sayu hati" kalau ualls nak tau dia punya mulut macam orang tua.. pandai bercakap dan pandai simpati" aisyhhh nasib la airil tu xpandai beremosi mcm kakak...lagi luluh la hati nie dengan perangai anak2...mummy sayang sangat la dengan anak-anak..tak terhingga sayang nye nak di katakan...
Jangan Cintai seseorang setinggi langit, kerana langit boleh berubah,
jangan cintai seseorang sedalam lautan, kerana lautan boleh surut,
cintai lah seseorang sebesar kuku, walaupun kecil, walapun di potong ia akan tetap tumbuh kembali.
anak oh anak...
No comments:
Post a Comment