Monday, August 8, 2011

MANGSA FESYEN/RATU FESYEN-GUA.COM

Jumaat lepas bertempat di Hotel Le Meridien, jenama barangan kemas Rafflesia dan Mandalay telah mengadakan sebuah malam gala yang dihadiri lebih daripada 50 selebriti, peragawati serta pereka fesyen. Warna tema malam itu rona keemasan. Seperti biasa, polis fesyen GUA membuat rondaan untuk menyaman mereka yang nampaknya masih kurang prihatin terhadap fesyen.

 Deja Moss yang memakai 'dress'
rekaan Bill Keith bersedia u
ntuk ke ujibakat filem
‘Princess and The Frog”
dan watak yang diidam sudah
tentulah Princess Tiana.
Er, ada had umur tak untuk watak tu?
'Cute'-nya Liyana Jasmay memakai
persalinan Rizman Ruzaini, sesuai dengan personalitinya yang ceria.
Kasut Sergio Rossi miliknya
melengkapkan penampilan ‘elegant party girl'.
Selamat menyambut hari lahir,
Diana Danielle.
Baju gaun kembang ciptaan
Hazwani Osman membuatkan
Di tampak seperti ingin ke parti
harijadinya yang ke-12.
Gaya minimal Hazwani Osman
menyerlahkan penampilan
Intan Ladyana. Tidak
perlu serabut dengan manik
untuk nampak glamour!
Pakaian untuk 'show girl'?
Wajah cantik Rozita Che Wan
seakan-akan tenggelam
di dalam baju emas berkilat
ciptaan Riffai Couture.
Elfira Loy memilih dress
pendek Wanpa dengan
perincian yang minimal.
'Fashionista in the making?
' Masih jauh lagi perjalanannya
ke arah itu tetapi yang pasti,
Elfira atas trek yang tepat.
Ramai memuji penampilan
Irma Hasmie yang dikatakan
sangat manis bila bertudung
walaupun baju rekaan
Hatta Dolmat ini lebih kepada
baju pengantin daripada untuk
ke karpet merah.
Siapa tidak kenal dengan Nasha Aziz?
Pakailah apa sahaja dan pakaian
tersebut tetap akan nampak meletup!
Contoh terbaik rekaan Syaiful Baharim ini.
Hanya Nasha yang mampu memakainya.
Jika diberi pada orang lain mesti tidak sesuai! 
Nasib baiklah model terkenal,
Fazlun ini tinggi orangnya.
Rekaan Zery Zamry ini
membuatkan si pemakainya
nampak seperti ingin ‘terbang’.
Perincian yang terlalu sarat
hinggakan kita mungkin tidak
akan nampak siapkah pemakainya
kerana perhatian akan hanya
tertumpu pada struktur dan perincian
baju tersebut.
Anggun sungguh Natasha Hudson,
hampir sempurna penampilannya pada
malam tu daripada rambut hinggalah
kepada kasut. Antara penampilan
terbaik pada malam tersebut.
Pasangan secocok sama padan,
Norman Hakim nampak segak di dalam kemeja satin Lords Tailor dan Memey
ibarat ratu cantik di dalam dress
ala duyung ciptaan Hazwani Osman.
'What a beautiful couple'.
Bayangkan waktu diaorang kahwin nanti,
lagi meletopkan?

No comments:

Post a Comment