Monday, June 13, 2011

LUAHAN HATI SEORANG INSAN BERNAMA JIMMY SHANLEY

LUAHAN HATI JIMMY SHANLEY.. insan yang bergelar isteri patutnya bersyukur atas rezeki kerana mendapat suami yang sebegini..:-

"INAI masih merah di jari, isteri dah lari. Kami sempat duduk serumah selama 20 hari tetapi kalau diikutkan, saya hanya dapat bersamanya 10 hari. Bulan madu saya pun tidak seperti orang lain.
Mulanya rancangan diatur untuk pergi berbulan madu ke destinasi lebih jauh dan romantik tetapi kerana keadaan kami tidak seperti pasangan pengantin baru yang lain, kami rancang untuk pergi ke Koh Samui, Bangkok dan Bali saja. Itupun, apabila sampai di Koh Samui, dia dah ‘lari’. Katanya, dia hendak ke Bangkok seorang diri.
Saya dah letih hendak memikirkan apa berlaku antara saya dan dia. Perasaan saya bercampur baur. Semakin lama dia pergi, semakin jauh. Dia ada anak angkat dan dia lebih suka tidur bersama anak angkatnya daripada melayan suaminya.
Saya dah tak kuasa hendak menyembunyikan perkara sebenar kerana semua orang dah tahu. Kalau ikutkan hati, hendak jadi apa pun jadilah, tetapi bila memikirkan anak kami yang sedang dikandungnya, hati saya jadi sebak, pilu dan sedih. Apa hendak jadi dengan saya, ada isteri macam tak ada isteri.
Dia sempat bermalam di rumah saya di Putra Heights, semalam saja. Apabila dia mahu duduk bersama saya, alangkah gembira rasa hati kerana dalam angan-angan saya dapatlah kami hidup bahagia seperti orang lain.
Di rumah itu semua saya sediakan, bahkan makan minum pun saya yang buatkan. Kain baju, saya hantar dobi. Dia tak perlu buat apa-apa dan saya tak kisah asalkan dia gembira. Bangun pagi, sarapan sudah terhidang. Namun, dia lari juga dari saya. Apa lagi perlu saya buat untuk menambat hatinya, bingung jadinya.
Sejak dia keluar rumah dan tak balik lagi, setiap hari saya menunggunya. Apabila terdengar kereta berhenti depan rumah, pantas tangan menyelak langsir, manalah tahu kalau dia yang balik. Berbulan saya menunggu tetapi hampa belaka. Dah kering air mata mengenangkan keadaan rumah tangga kami.
Saya tahu dia mengandung pun daripada orang lain dan wartawan yang bertanya kepada saya. Hancurnya hati, sebagai suami saya tak tahu apa-apa mengenai isteri. Orang lain lebih tahu daripada saya.
Sudah bermacam cara saya buat untuk mengambil hatinya, tetapi dia tetap tak mahu berjumpa saya. Kalau orang lain bahagia berkahwin, tetapi saya pula hanya mendapat malu dan sengsara. Saya tidak pernah berniat menumpang hartanya atau keluarganya, cuma mengharapkan sebuah rumah tangga yang bahagia.
Sebelum berkahwin, saya tidak pernah membenarkan mana-mana media mengambil gambar rumah, tetapi selepas berkahwin saya terpaksa melakukannya untuk membuktikan saya memang mampu menyara hidup kami berdua. Saya tidak mengambil sesen pun harta keluarganya.
Sebaik saja tahu dia mengandung, teringin benar hati ini untuk menjaganya, membawanya menjalani pemeriksaan di klinik dan melihat gambar imbasan bayi kami. Namun, saya tak merasa itu semua.
Saya ini bapanya, tetapi tiada apa yang dapat saya lakukan. Saya hanya boleh membayangkan saat-saat indah itu. Saya juga tak tahu bila dia hendak bersalin, khabarnya dalam sehari dua ini. Meronta hati ini untuk mengetahui jantina bayi itu.
Sebagai menyambut kehadiran orang baru itu, saya membeli peralatan bayi. Saya melihat dan membeleknya setiap hari, semakin saya memandangnya, terasa sangat sedih. Kasihan si kecil itu. Sebaik saja mendengar tangisannya nanti, saya mahu mengazankannya tetapi adakah saya akan dapat peluang itu. Saya mahu menjaganya kerana saya tahu, saya boleh menjadi bapa yang baik.
Pada awal kehamilannya, ibu mentua saya berjanji mahu menyerahkan bayi itu kepada saya tetapi sekarang rentak percakapannya sudah lain. Sudah terlalu banyak mereka menabur janji, saya tak tahu janji mana satu yang betul.
Saya serahkan segala-galanya pada Allah SWT. Bagaimana dan macam mana rupa bayi itu, saya mahu menjaganya dengan sepenuh kasih sayang.
Saya tak tahu dia ini macam mana orangnya, macam tak ada hati perut. Ke manakah pergi kewarasannya sebagai manusia. Dia lebih pentingkan kawannya daripada suami. Setiap orang ada kisah silam dan saya pun bukan orang yang sempurna.
Lupakanlah cerita lama dan bina hidup baru. Rupa-rupanya itu cuma harapan dan impian saya seorang, sedangkan ingatan dan fikirannya entah ke mana. Ingatkan selepas berkahwin, dapatlah lebih mengenali hati budi isteri tetapi kami semakin terpisah jauh.
Ketika mula mengandung dulu, alasan berjauhan dari saya kononnya tidak tahan bau badan suami. Alahan orang mengandung. Saya terima, tetapi sampai berapa lama. Orang lain mengandung juga, kalau tak tahan bau badan pun, setakat berpisah bilik namun masih tinggal sebumbung.
Dengan sekian banyak alasan, saya dah muak mendengarnya. Selepas bersalin nanti, entah apa pula alasan diciptanya. Ada juga saya dengar, selepas bersalin dia mahu membawa anak kami lari ke luar negara. Aduhai hati… sudah terlalu lama ‘engkau’ menderita. Bilakah akan berakhir.
Dalam kegelisahan dan kehampaan ini, tiada tempat hendak mengadu. Sejak kecil, emak dan ayah sudah pergi menghadap illahi. Hanya kepada Allah SWT saya serahkan segala-galanya. Dia ke umrah bersama keluarganya pun tidak minta izin saya.
Apapun, saya tetap mendoakan kebaikan untuknya dan dengan harapan tinggi menggunung moga kelahiran bayi itu nanti akan menyatukan kami semula.
Bersama sekeping hati yang duka, saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini. Saya memanjatkan doa ke hadrat Ilahi supaya memberi ketenangan dan kekuatan untuk menempuh hidup ini.
Alhamdulillah, sekembalinya dari Tanah Suci, saya rasa tenteram dan tidak lagi terikut-ikut kata hati. Saya akan lalui saja apa yang ditetapkan oleh Yang Maha Esa. Untuk mendapatkan kekuatan, saya baca buku motivasi dan agama.
Sesungguhnya sebagai isteri, tidak sukar untuk mencari keredaan Allah. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda: “Seorang perempuan yang menegakkan solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan mematuhi suaminya akan memasuki syurga melalui pintu mana saja dia suka.” Andai kata dia mahu kembali kepada saya, saya sedia memaafkannya dan menerimanya. Saya mahu bayi yang bakal lahir itu mempunyai keluarga sempurna.
Imbas kembali detik melalui tempoh pertunangan, pernikahan dan malam pertama, sebaknya hati tidak terkata. Sepanjang tempoh pertunangan pun, dia tak mahu rapat dengan saya. Ada saja yang tak kena.
Dua minggu sebelum berlangsungnya kenduri dan majlis persandingan, kami ambil gambar praperkahwinan di Cameron Highlands, itu pun dah kecoh.
Oleh kerana jodoh kami kuat, kami bernikah juga. Selepas itu pun, banyak benda yang merepek-repek dan huru-hara jadinya. Tiba malam hendak bersanding, dia tetap dengan perangainya.
Jika orang lain naik pelamin dengan wajah ceria, saya rasa biasa saja. Malam pertama, pasangan pengantin baru diulit bahagia, saya pula lain ceritanya.
Jika dia tak mahu juga berubah dan masih tidak dapat menerima saya sebagai suami, tunggulah kes di mahkamah nanti. Kalau boleh, saya tak mahu masalah kami dibawa ke mahkamah kerana akan mengundang aib, tetapi saya terpaksa melakukannya kerana perlu pertahankan hak saya.
Peliknya, dia berkahwin dengan saya bukan kerana dipaksa keluarga tetapi atas kemahuannya sendiri. Pada hari jadinya tahun lalu, apabila ditanya ibu bapanya, dia mahu hadiah apa, katanya dia hendak berkahwin dan ciri lelaki yang diidamkannya adalah saya. Kami pernah berjumpa lima tahun lalu dan pernah mengambil gambar bersama.
Kebetulan ketika ibunya datang berjumpa saya, saya masih solo dan segala-galanya diatur untuk menjodohkan kami berdua. Entahlah, saya tak tahu hendak kata apa lagi. Agaknya kerana saya penyabar, Allah SWT berikan saya ujian ini.
Sesungguhnya Allah SWT berikan ujian itu mengikut tahap kemampuan hamba-Nya. Jika itulah ketentuan hidup saya, moga Allah SWT kuatkan iman dan hati ini untuk menghadapinya.
Saya tak suka hendak bercerai-berai, tambahan saya artis. Nanti masyarakat ingat, artis ini tak ada kerja lain, asyik bercerai saja. Apabila orang dah tahu kisah rumah tangga saya, hendak keluar rumah pun malu dengan jiran tetangga.
Apabila kawan datang ke rumah ajak keluar makan, baru saya keluar. Beratnya tanggungan ini. Hanya Allah SWT yang mengerti derita saya.”

Friday, June 10, 2011

DINNER PUN NAK GADUH !!!

En.dady : mumie malam ni kita diet yea...tak yah keluar makan!!!
Pn.mumie : aloor dy...mumie lapoor gileeer....!!!
En.dady : uisyhh kata nak diet...!!!
Pn.mumie : mumie diet sok..janji..!!
En.dady : errrr..maner x tembam..~hehehehehhek..main2 jer..(kang sentap la tu pastu meleret muka masam)..cepat nak makan per...dy malas nak keluar!!!
Pn.mumie :ok, pe susahhh..tak yah kuar..order jer DOMINO...
En.dady : ok bole...tapi ingat jangan nak order mcm aritu sampai tak abis mkn buang jerrrrrr...
Pn.mumie: ok..dy belanja yea...
En.dady : yelaaa..cepat g ambik TAB (kan senang dah ada tab" easyyy~") g order..make own pizza yea..pastu ambik paling skit..jangan membazir!! kang akuuu gak kna abis!!
Pn.Mumie: baik bos.... .hehehe..~


before that pilih mcm-mcm tau!! pastu buang jer...tak larat nk mkn!!

dah pun sampai...ambik yang ada baucer rm 25.. make own pizza take two flavors and add chicken wing!!!


 tapi , tak abis mkn pun sebab en.dady merajuk lorr dn pn.mumie..coz dia ternampak bb yang baru beli..dia sentap sebab beli tak bgtau dia..so semua pizza tu tak abis dimakn pun..berbuang jugak akhirnya!!!!
Dinner kali nie tak best betulll!!!

Thursday, June 9, 2011

SAYA DA DAPAT 2 BABY !!!

salam semua,

nak tau tak hp mumie hilang masa pergi pasar malam bwk si kecik mumie..padahal mumie pegang hp tu kat tangan mumie..tak camne bole plak terlepas  ,balik umah baru plak perasan hp dah hilang...bila call balik dorang da reject..bila call lagi dah off hp..so selamat la hp pink mumie..

so dengan kata hati nk beli hp baru lagi...so mumie beli lagi 2 baby pink mumie yang baru..

wahhh sangat la suka..tambah lagi saya pakai kan mereka baju pink semuanya..wahhhh..best..sangat manis membawa mereka kemana-mana..nak order makan senang ..g jalan2 pun senang...besttt sangat..

nak tau per???mehh sni mumiie tunjuk!!!!


baby pertama Tab Pink ku!!!!

Baby kedua BB latest  pink ku!!!!
p/s:tab tak dapat nak bersama kotak jer coz testimg ambik gambar pakai tab!!!

KANGAR PERLIS

salam semua, masa ahad lepas mummie pergi perlis hantar angah ke kangar perlis ..gambar kahwin dia nanti mummie tunjuk..kna tnggu gambar pro  baru chantek..so mummie and sedara mara yang ikut menghantar pengantin kami terus ke timah taso..ushhh chantek bangat la tempatnya..memamg mummie suka..pengantin pun ramai yang ambik gambar tau..nak tau tak ex boyfreind mummie pun turut anta tau angah tau.."tgh menaip ...tibe-tibe plak lagu AXl keluar plak kat radio..lagu masa bercinta dgn si ehem ehem tuuue"...so en. dady agak mucung skit la tgk dia turut ada..bukannya yer ape ex mumie tu xjadi kawen dgn mumie tapi dia rapat dgn family mumie..so xdapat la nak elak..hehehhe...tapi takpe dia pun da nak khawin bulan 11 nie...ehnmmm...

tragedi yang tak bole lupa kat kangar,...hubby mummy tak mau bawak mumie ke wang kelian dan padang besar...!!!! hangin satu badan mumie dibuatnyer...greeee da sampai jauh2 tak mau pegi..BENCI tau!!!!!!merajuk sampai balik!!! ambik ko!! melampau ko ni tini!!!! Padan muka en.dady tak bole nak pujuk..hehehe~

Otw ke Kangar!!!!

Arissya alwys main sorang2 kat belakang!!!

Gedik Skit esYa!!!

Lovely Untie and MUm!!!

Cik Bah yang sangat banyak bagi supporting for me!!!

Love u en dady!!!


Mulut ko tini senget2 bercakap..nie kjer hubby aku la nieee!!!

Abah dan iPar Besan

Adik Bongsu ku anjeeee

Mandi kat sungai ular!!!!

kat Timah taso...

Cantek kan kat timah tasoooo nie!!!!

macam biasa anje poseeee!!!



Mumiee suka angat gambar ni tau!!!! chantek laar


Wednesday, June 8, 2011

AIR MATA IBU...

Rasanya penat kenduri masih lagi belum hilang...bile teringat kembali masa kenduri aritu, alahai sedihnya... kesian dengan adikku ..pelbagai dugaan yang terpaksa dia tempuh...

adikku baru berusia 24 tahun telah bertunang selama setahun bersama kekasihhnya hatinya selama 5 tahun bercinta bersama... fizi adik iparku ni seorang yang sangat tak banyak cakap orangnya.. sebab kami tak berapa nak paham kata-kata dia coz dia orang kangar perlis tapi pekat sangat loghatnya..sebab tu dia banyak tak bercakap.. masa dorang bercinta aku banyak sangat bergaduh dgn si fizi ni..bnyak salah paham...dia ok tapi mungkin aku yang berapa kenal dia.. dia akan luahkan perasaan dia kat suami aku atau adik perempuan aku yang bongsu anje..

masa bertunnag sangat-sangat meriah..ramai sedara mara ku mengata membazir la,...pelamin tu vogue sangat la...hantaran banyak sangat la..tapi mulut orang tak bole nak tutup..

bila da setahun bertunang, pihak lelaki nak menghantar duit hantaran mereka di timpa bencana Banjir yang amat dasyat sehingga perabot abis semua rosak.. jadinya tak dapat nak hantar duit hantaran sehingga bulan kedua pun sama tak dapat hantar sebab rumah mereka kena banjir lagi..tapi biasa la..sedara maraku akan mengata lagi dan terus mengata...sedih hati mak aku mendengar sedara mara mengata keluarga kami....aku amat-amat akui mulut sedara mara ku bukan nyer baik sangat..semua mulut jahat banyak mengata orang!!!

selepas pihak lelaki dah pun mengirim duit hantaran jadilah kenduri pada 27 hb 05 2011..pada masa yang sama adikku tak cukup duit tapi ape kan daya dia hanya diam sahaja,.. dia gai bukannya besar bersama bakal suami..nasib la abah seponser semua tau...tu pun sedara maraku mengata...

bile hari kejadian lagi sehari nak nikah adikku bagitau mak "mak pengatin lelaki nak bagi hantaran" patutnya tak perlu lagi sebab masa tunang dah bagi semua,,,"pastu mak diam jer"....bile hari kejadian adikku "angah" "mak..dorang bagi 11 dulang hantaran la mak..camner mak" sambil air mata keluar sebab sedih dah xda duit...

pastu aku terdengar  mak menangis ...mak naper???"" angah ko  xda duit nak buat hantaran dia.." sebelum ni sedara mara ada yang seponser tapi kali ni bile tang dia semua orang tak seponser...mungkin dorang semua marah dan tak suka dia kot..." takpe la mak da jangan nagis lagi..biar along dan anje gi buat kat kedai ..kami seponser bersama akak sepupuku... masa majlis pun da sedara maruku mengata dan megutuk lagi...bah kan nak tolong pun nak taknak jerrr....

masa malam nikah,,.. angah: "along aku da benda nak bgatau ko long" pe dia...???
masa tu angah da bgtau ak perkara rahsia yang paling aku sedih dan terkejut sangat...."tak perlu bgatu ..biar kami satu family jer yang tahu"....

takpe la dik tu nasib ko,....

bile nak nikah..pak imam da tunggu lama tapi dugaan datang kembali van pihak lelaki plak rosakkkk,...so dah lambat...sedara masih lagi mengutukkkk

bile da nikah legaaaaaaaaanya hatikuuuu dah selamat...mak orang pertama menangis tak berhenti menahan sebak atas pelbagai dugaan adikku..

satu lagi dugaan pelamin adikku yang lain palk dia buat..sehingga orang tu nak buka balik tau!!!eisssyhhh~

paling banyak aku terasa adalah dari sedara mara ku yang banyak mengutuk,,.."ada segelintir sedara dan sepupuku yang ok.."

aku tulis nie sebab aku terkilan dengan sedara mara ku yang hanya mengata orang dan macam kjei sangat sampaikan sikit pun dia taknak ambik tahu!!! tapi takpe sebagai along atau kakak telah melaksanakan tanggunjawab dan telah pun selesai menhantar adikku ke perlis pada 4-6-2011 aritu...

semoga angah berbahagia di samping insan yang tersayang dan jangan la buat pe2 perangai yang orang tak suka,,...pemikiran setiap orang tak semestinya terbuka seperti apa yang kita pikirkan,,....


sehingga sekarang aku masih sedihhh mengenang kan nasib adikku!!!!

p/s:nnt saya upload gambar adik saya kahwin k!!!

Tuesday, June 7, 2011

CARA MEMBUAT KERISIK

Salam semua

lama tak ber blogging.. kali nie mummy nak cite cara buat kerisik... aritu kan kenduri kahwin adik mummy "angah"..so bergotong royong la nak buat rendang,, so pada sesiapa yg masih belum tahu macam maner keisik nie dibuat jom mummy tunjuk caranya...

Mula-mula goreng kelapa yang berwarna putih sehingga garing dan kuning  yea...

Kelapa yang dah goreng...chantek tak warna tu??

pastu tuTumbuk kelapa tadi sampai keluar minyakkkkk


tu da jadiiii...tu la namanya kerisik....siap untuk di masak untuk diletakkan kedalam masakan rendang..

Arissya pun turut membantu dalam menumbuk kerisik niee...

Wednesday, May 25, 2011

IM GOING SHOPPING WITH MY MUM!!!

salam semua, arini nak cite pasal si kecik mumie..arissya yang semakin cerdik berkata-kata..mumie sekarang asyik geli hati dengan telatah si arissya ni..kami pergi the curve untuk cari dress arissya untukk wedding mak angah dia..so masa mencari sambil bershopping kami terserempak dengan dynas..cantek sangat2...heheheh mak mumie sampai pergi ke kedai dynas nursering tue tengok-tengok baju sambil mengintai si dynas..heheehehe

kali ni shop dengan nany arissya and arissya sahaja..bkan aper dady alwys busy sekarang...alhamdulilah bisnes makin maju..belanjan pun makin seronok..betul tak isya??betul..betul..betul..hihhihihihihi..;

selalunya kalau g shop yang jaga arissya en.dady tapi kali nie kami berdua kena jaga..ya ampun budak demook ni lasak satu hal mulut popek popek jerrr..sampai mumie mengalah jaga dia..last sekali mummy bagi dia aiskrim terus diam..

pastu ke OU pulak..time tu memang kami terus ambik stroller car sebab tak nak bagi dia lari2 lagi..pastu ajak mak makan..

mumie: mak nak makan per?
mak: pe2 jer..kat foodcourt pun bole"
mumie:a lorr tak mau la..pizza jer la"
mak: ok la.."
tibe2 da suara kecik .......
isya: mumieee apar "lapar" AYAM!!!!!FISH!!!!(dengan nada menjeritt)
mumie: ok2 jom kita g makan..sian anak mumie lapar ye..(betul2 lapar)




Mumie isya punya cadigen sama dgn patung tueee....

mumie antekkk!!!

mumiee nakkk!!!!

Aiskrim time!!!

Ehemmmm tak ingat orang!!!

Love arissya!!!

terpaksa tukar baju sebab baju da kotor dengan coklat!!

My Heart!!!!

Peace!!!!