Tuesday, July 5, 2011

@LAHAN

Salam sayang semua,

Wah mentang -mentang dah membuyung (ngandung) asyik entry pasal pregnant..jangan jemu-jemu yer nak baca entry mumie..
bukannya aper..nak cite skit dan berkongsi dengan uall pasal alahan kali nie..
sebelum ni mumie time mengandung esya  7 minggu , mumie mengalami alahan yg teruk sangat..mabuk dia sampai tak bole nak bangun dari katil,..pening sangat2..muntah hijau ..sehingga la kandungan da asuk 3 bulan baru ok..
bukan tu jer mood pun mak ai...brutal gile...asyik nak mengamuk dan mara-mara jer..pastu kuat sentap..yang paling kerap kena en,dady la..asyik nak bermasam muka jer...nak cool pun ambik masa seminggu..gile kan..
tapi kali nie lain sangat-sangat...kandungan mumie da masuk 7 minggu..insyallah minggu dpn da 2 bulan mumie mengandung..so mumie rasa sangat cool tau..mumie tak muntah2..cuma pening skit2 jer..pastu perasaan marah tu xda la sangat..senang nak cool..pastu perasaan nak mara kat en.dady pun xda..pastu esya buat perangai mcm mengamuk ker...menangis kerr..mengada2 ke,..semua mumy ok jer..best tau perasan ni..pk bnda yang baik-baik je..alhamdulilah..seronok jer perasaan tu..marah kejap tp da cool cepat..

macam-macam alahan yang ada..nak kongsi skit..klu uall penah kena la..jiran mummy tengah pregnant 4 bulan..dia mengalai alahan paling teru tau.dari tangan sehingga betis dia kena gatal-gatal (kurap) sehingga tangan dia meninngalkan kesan yang buruk..dia kata miang macam buluh pastu ..mana yang tak kering lagi akan berair..tu alahan yang paling teruk yang mummy penah tgk..kesian kat dia..sampai malu nak kuar rumah coz tangan dia nampak buruk sangat..

ini la pergorbanan yang baru sedikit dari ibu...setiap apa yang terjadi semasa mengandung nie..mumie akan rehdo dan sentiasa ikhlas menempuhi apa jua keadaan.

untuk arissya klu dia besar nanti..klu dia baca entry mumie :p/s: "Bile mengandung anak kedua nie mumi masih lagi excited macam anak first mengandungkan kamu sayang ..mumie paling happy sekali anak mumy arisya dah mula membesar dengan sihat dan pandai sedikit demi sedikit..cerdik dia ya ampunn..1 tahun 8 bulan yang petah berkata, memujuk dan pandai menyanyi..hihihi..mumy doakan arissya jadi budak yang genius, berjaya,cantik dan menghormati ibu bapa...mumie pening dan terbaring kak masih duduk sebelah mumie dan peluk mumie.."mumiee akit "..mumie really happy masa tu.kak!!!"

My girl makin banyak akal nyer..mumy suka sayang!!

Masa arissya 3bulan!!
We love u kak arissya..

"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."




Friday, July 1, 2011

DOA ANAK DAN KALENDER JANTINA

 Doa seorang ibu/mumie/umie/mama/mak/...kepada anak yang dikandungnya:

"Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam."


Jantina anak mengikut kalender cina :


Carta kuno yang berasal dari Peking, China ini menarik perhatian seluruh dunia apabila dijumpai baru-baru ini tertanam di kawasan makam raja China berhampiran Peking. Carta ini dipercayai berusia lebih 700 tahun. Panduan daripada carta ini menjadi ikutan kepada beribu-ribu pasangan seluruh dunia untuk dijadikan panduan memilih jantina bayi yang diinginkan oleh pasangan tersbut. Carta ini menjadi semakin popular apabila ia dikatakan hampir 99% tepat. (Wallahua'lam)

Anda boleh memilih jantina bayi samada lelaki atau perempuan yang menjadi pilihan anda mengikut carta ini. Sebagai contoh, jika anda menginginkan bayi lelaki ketika anda berusia 25 tahun, pilihlahannya adalah bulan Febuari, Mac, Jun, Ogos, September, Oktober,November atau Disember dan sebaliknya jika anda menginginkan bayi perempuan. Sekiranya anda ingin melahirkan bayi anda pada bulan september pada tahun berikutnya, anda hendaklah berusaha sembilan bulan lebih awal iaitu pada disember tahun sebelumnya.

Apapun, ianya terpulang kepada individu tersebut samada percaya atau tidak dan perlu diingatkan kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Samada lelaki atau perempuan bayi tersebut, asalkan bayi tersebut sihat dan cukup sifat, ia sangat memadai. Kita harus bersyukur dengan rezeki tersebut kerana banyak lagi pasangan yang tidak boleh melahirkan zuriat.





Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas


hmm klu ikutkan tarikh due date yang doktor bagi adalah 2 mac 2012.. so masa mumie lahirkan baby nie nanti pada umur 26 tahun..jadinya bulan mac dan umur 26 adalah "BOY" ..!!!

Pemberian rezeki dari allah swt DiA yang menentukan....kita hanya merancang sahaja..takper kita "wait and see" yea...hihihihiihi..

p/s: klu boy..alhamdulilah...seronoknya..dapat sepasang buah hati mumie!!!


Wednesday, June 29, 2011

IM POSITIF ...

Salam Sayang...

Ada berita gumbira ingin saya sampai kan..ewahhhh...yoyo orr jer...dub dab dub dab..badan macam tak sedap jer..asyik pening-pening ,..asyik loya..apakah tanda??? so nak taknak mumie amd dady pergi klinik,..jumpa dr.intan macam biasa...

doctor : yea, sakita apa hatini?
mumie: saya nak check saya pregnant ke x?
daddy: heheheh (senyummm jer)
doctor: ok, hatini kena ambik air kencing dulu, ..dah lewat period berapa lama?
mumie : seminggu lebih dah..!
so mumie g la toilet dan bagi urine tu kat makmal ...

dalam beberapa minit,.............dub dab dub dab......pn.norhatini ..(nama kedengaran)

mumie:yea saya...
doctor: cuba teka awak mengandung ke tidak?
mumie: tak ngandung kot....
doctor : tahniah, awak pregnant..
mumie:hihihihihi yeke...alhamdulilah...dah berapa bulan doctor...
doctor: baru 1 bulan seminggu...jangka due date adalah 2 Mac 2012. tahniah...so memang merancang ker ? anak dah berapa tahun?
mumie: accident la doctor..bulan lpas sekali shoot jer tau..
doctor: awak memang tak merancang la nie..ok takper anak awak  dah masa tu da 3 tahun ..kira ok la..nanti saya bekalkan vitamin yer bg awak makan.
mumie: tq doctor.asssalamualaikum.!!.


insyallah , mumie akan dapat tambahan cahaya mata..setakat nie xda mabuk teruk lagi..alhamdulilah..arissya lepas ni kena terimalah yang di akan dapat adik jua..hihihihi

mumie dan baby dalam perut ni love you kamu berdua so much...!!!!

Dady dan kak esya


Monday, June 27, 2011

TAHNIAH KEPADA JIMMY SHANLEY!!!

cOMEL baby Girl jimmy!!

Wah comelnyer anak  Anak Jimmy Shanley , Tahniah buat Jimmy Shanley dan isteri Nursuhaila Eliani….yer memang cute sangat Zahrah Shanley..Nama gabungan ibu dan ibu mertua Jimmy Shanley..Terharu tengok Jimmy di Gala Plus pagi td… …semoga dengan kehadiran Zahrah Shanley dapat menambahkan lagi kebahagian dalam hidup jimmy dan isteri… 

pagi-pagi twitter dah ade berita pasal anak Jimmy Shanley... Zahrah Shanley nama die.. comel tau.. menurut kata red mummy, Jimmy Shanley menangis bila dapat jumpa anak kandung die sendiri... Semoga dengan kehadiran cahaya mata yg sungguh indah ni mereka dapat bersama semula, mendidik anak mereka menjadi anak yg solehah.. amin.. ni aku ada copy paste sikit dr entry beautiful nara.. 

Bangun-bangun pagi check email terus ternampak satu email yang bertajuk “Gambar anak Jimmy Shanley“. Menurut pengirim email gambar di atas ialah Zahrah Shanley. Zahrah Shanley telah dilahirkan dengan berat 2.2 kilogram di hari Jumaat lepas di Putra Medical Centre, Sungai Buloh.
Jimmy Shanley nampaknya memang benar-benar menghargai dan menanti kehadiran anak sulungnya. Jelas dapat dibaca kegembiraan Jimmy daripada kata-katanya di bawah ini:-
Sudah 31 tahun saya menunggu untuk memangku bayi sendiri dan alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini. Saya berharap Zahrah menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada kedua ibu bapanya. Saya sudah membuat keputusan untuk menjadi bapa sepenuh masa untuk anak saya dan bekerja dari rumah. Cuma pada hari Ahad saya akan keluar untuk mengendalikan program Gala TV Plus di Astro Awani
Zahrah sungguh bertuah mendapat seorang ayah yang sangat prihati dan mencintai dia. Semoga dengan kehadiran Zahrah akan menyatukan kembali ikatan ibu dan ayahnnya. Sama-samalah kita doakan.

Friday, June 24, 2011

OKU GENGSTER !!!!

Salam Sayang semua,

Semalam, lepas balik ambik stok tudung ...masa otw balik ke rumah putrajaya en.dady da call tanye kat maner??? suara jer mcm ada somthing tak kena..pastu nak bgtau masih kat sg.besi putus battery mummy abis..so xper la. mummy bawak kereta mcm orang gile tau..160kmj dan mengambil masa 20 minit dari jalan tar ke puytrajaya, hebatttt tak??? gile dasyat ko..hilang ke mumy an dan kewanitaan..heheheh!!

bile sampai rumah ,buka je pintu tengok en.dady pakai suar jean dan mata bengkak...kenapa nie??
dia terus bagi statment polis kat mumy..so mummy baca lah:

Statment polis:-

"Pada 1230 thgari 23-6-2011 datang sesorang customer melayu berfizikal tiada tangan sebelah (OKU) dan kaki tempang  untuk servis kereta falt nya WN.... kereta iswara merah dibengkel saya yang beralamat di ....seri kembangan, serdang. Semasa saya sedang servis kereta dia, dia menyuruh saya mengisi minyak hitam sehingga penuh..tapi saya kata tak perlu penuh takut nanti kereta berat.. tiba-tiba dia naik marah dan menghentak bonut enjin dan nyaris tangan saya tersepit dari bonut enjin. sehinga dia menumbuk mata sebelah kanan saya . setelah dia memaki hamun saya dia terus mengeluarkan parang dari kereta. saya lari dan keluar dari bengkel takut akan di cederakan. sehingga dia menjerit dan memaki hamun dan terus memnadu keluar dari bengkel dan memberitahu dia adalah seorang gengster"

so bile dah baca statment tu alahai sian en.dady kena pukul..mungkin orang tua tu gila kot dy.. pastu en dady kata, klu tgk perwatakkan dia memang alim tau..berjanggut putih, pakai songkok dan dalam kereta ada yassin..tapi tak tau la kenapa dia bole maki en dady sehingga keluar semua kata kesat disebabkan tak isi minyak hitam dalam kereta penuh...

 Pastu kami terus keluar pergi klinik berdekatan dan check mata en.dady..so doctor kata mata en dady ok.xda pe2...pastu terus bawak en.dady keluar makan kat bangi..pastu kami borak la...

mummy: dady, mungkin nie satu dugaan dari allah swt untuk menguji dy dari bersabar.mungkin jgak dy nak menahan kesabaran dan di uji sebegini.
dady: mungkin jugak la.. tapi dy masa dia pukul dy tu mmg dy rasa nak tumbuk balik dia tapi dy pk mcm-mcm...kita da undang-undang, pastu nnt klu dy lawan balik jadi kes lg besar dan mungkin bengkel akan ditutup.
mummy: takpe la dy, kita tunggu jer laporan dari polis untuk kenal pasti suspek lepas nie...
dady: sampai sekarang masih berpikir apa masalah pakcik tu...!!!


so sekarang ni polis bahagian jenayah masih lagi menyiasat kejadian tersebut..!!!

P/s:orang malaysia sekarang ni memnag ramai yang gile ...!!!!!!sakit mental.

Wednesday, June 22, 2011

LADIES NITE :KAMI KE KTV!!

Malam ladies nite







malam ladies aritu kami g ktv , just for relax kan kepala nie..cehh wah...ni kami melalak paling lama..4 jam..ambik ko rasa mulut ni tegang menyanyi ..sampaikan lagu yang biasa menyayni sehingga la lagu entah ape2 aku bedal... pe2 pun kawan karok den adalah amy yang sentiasa menemani kami suami isteri bernyanyi..bab lagu sedih , lagu-lagu yang ko tak penah nyanyi bagi kat dia..dia tau..tapi bab tarik lagu tinggi dia akan bg kat aku!!! itu la si putri amilia!!!hehehehhe

p/s:bile mau karok lagi daaa...........



Published with Blogger-droid v1.7.0

Diet Rasullulah SAW



Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya karena pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
  • Jangan makan SUSU + DAGING
  • Jangan makan DAGING + IKAN
  • Jangan makan IKAN + SUSU
  • Jangan makan AYAM + SUSU
  • Jangan makan IKAN + TELUR
  • Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
  • Jangan makan SUSU + CUKA
  • Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
  • Jangan makan BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
  • TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
  • Jangan sesekali tinggal MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA. 


Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya... cobalah... Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. karena akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merusak usus kita.