Jodoh dan pertemuan adalah ketentuan Allah.Namun tidak salah mencari
calon pasangan. Lebih-lebih lagi bagi lelaki yang inginkan isteri yang
baik dan secocok. Panduannya telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w
1.
KETURUNAN YANG BAIK
Pilihlah wanita yang dibesarkan dalam lingkungan agama kerana sedikit sebanyak mengalir akhlak yang baik padanya.
2. ZURIAT YANG RAMAI
Sabda Nabi s.a.w “ Kahwinilah perempuan-perempuan yang berketurunan
anak ramai, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku”
-Riwayat Abu Daud dan An Nasai-
Untuk mencari wanita yang ramai zuriat , lihatlah keturunan ibunya.
3. DARI KELUARGA JAUH
Sekiranya perempuan itu dari keluarga jauh , ia dapat menambahkan
kemesraan, kebahagian keluarga, kekuatan keturunan dan kecerdasan
anak-anak.
Sabda Nabi s.a.w. “ Jangan kau kahwin dengan keluarga yang dekat
kerana anak-anaknya akan lahir lemah ( lembab akal dan fizikalnya)”
-Riwayat Ibnu Ady-
4. KEUTAMAAN GADIS
Dalam memilih jodoh, Rasulullah s.a.w. menganjurkan agar diutamakan anak gadis daripada janda.
Sabda Nabi s.a.w. “ Hendaklah kamu memilih wanita-wanita yang perawan
kerana sesungguhnya mereka itu lemah lembut katanya, boleh melahirkan
anak yang ramai, kurang tipu dayanya dan sentiasa cukup dengan yang
sedikit”
-Riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi-
5. BAIK AKHLAK
Nabi s.a.w. bersabda “ Kahwinilah wanita yang solehah, sebab kesolehannya itu mempengaruhi (suaminya)”
-Riwayat Ibnu Majah dan Ad Dailami-
6. BERAGAMA
Jangan hanya terpikat kerana cantik rupa wajahnya, harta dan pangkat serta keturunannya semata-mata.
Sabda Nabi s.a.w. “ Janganlah kalian mengahwini wanita kerana
kecantikkannya, mungkin kecantikkannya itu boleh mencelakakannya, dan
jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya mungkin hartanya itu boleh
menyombongkannya. Akan tetapi kahwinilah mereka kerana agamanya,
sesungguhnya seorang hamba sahaya yang hitam warna kulitnya dan
cupingnya berlubang besar tetapi beragama itu lebih utama”
-Riwayat Ibnu Majah dan Al-Baihaqi-
7. WANITA PERIANG
Pilihlah perempuan yang sifatnya periang kerana ini boleh menggembirakan hati suami apabila mereka hidup bersama kelak.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah : ada seorang bertanya kepada
Rasulullah. Wanita bagaimanakah yang baik? Sabda baginda” Yang
menyukakan (suaminya) apabila dia melihatnya dan taat kepadanya apabila
disuruh dan tidak menyalahi suaminya tentang dirinya dan hartanya
dengan (mengerjakan) sesuatu yang suaminya tidak sukai’
-Riwayat Nasa’I-