Friday, July 29, 2011

JUST a CAKE

Assalamualaikum,

masa 7.7.2011 tanggal hari lahir my mum...so masa tu tak sempat nak celebrate hari keje kan.. masa hari sabtu mummy bile kek kat area SS17 kedai kek tu cake senth..america choclate ...best gile...so sambil mengidam kan kek tu alang-alang dibeli terusss..

tapi yang jadi persoalan..cehh wah...sape punya harijadi sebenarnya..mcm da yang lebih menyibuk dari my mum...let a look the pic!!!

AMERICAN CAKE RM 70.00 SAHAJA

HAPPY FOR MY LOVELY MUM

BURGER YANG DI BUAT SENDIRI YANG XDA HATI DAN PERASAAN..

NI YANG DIAKATAKAN MULA NAK MENYIBUK

kan mummy da bilang tengok saper yang lebih perasaan...errggghh

dah macam harijadi dia pulak

masa ni ada mak , esya, mummy and adik sahaja....but ok la..dapat mkn fully coklat mlm tu!!

Perasaan lagii..siap tiup lagi ko!!

Pe2 la esya asalkan ko bahagian..tema tahun nie mummy belum pk nak celebrate pakai badut aper?






p/s: i love both of us!!!

Thursday, July 28, 2011

BIAR LA ANAK SECOMEL MEREKA!!

Masya’Allah, anak siapa lah yg comel cun chantek gilerrr nie!

Intan terjumpa piccas dia nie masa tengah surf gambar-gambar baby yg comel-comel kat internet then tetiba ternampak lah gambar si comel ini. Terus hati terpikat!

Kecik-kecik wajah dah cun chantek giler, dah besar nanti…phewww…sure menjadi rebutan ramai nie! Nie kompom darah mix nie…jom tengok lagi gambar si anak kecil yg cun melecun ini.

Selain gambar si comel di atas, ada few lagi gambar-gambar baby yg buat kan aku geram sangat-sangat! Layannn…

Geram kan! Comel sangat-sangat!

Ini satu lagi picca budak omputeh yg mumy rasa sangat sweet dan chantek sekali…tak jemu mata memandang nya :)


ARISSYA 3 MONTH

Eh ehhh…nie gambar anak kecil mana lah pulak tetiba terselit celah entri nie? Hee hee hee :D

P/s: …akan ku tatap wajah-wajah comel ini setiap hari termasuk anakanda tercinta dan dikasihi nur arissya adriana :)

Sungguh indah ciptaan Tuhan kan…

Wednesday, July 27, 2011

" Sophea Isabella " Malaysian astronaut Dr Sheikh Muszapha

Assalammualaikum,
Looks like a new astronaut has born in Malaysia. Just kidding. Malaysian astronaut Dr Sheikh Muszaphar and his wife Dr Halina gifted with a baby girl named Sophea Isabella, weighs around 3.6kg. She was born on 21st July 2011.
Their baby was really cute and hope this little girl will follow her father’s foot step to make Malaysia proud. Let’s checkout Sophea Isabella pictures below:


Gambar Anak Dr Sheikh Muszaphar Dr Halina  Sophea Isabella Baby Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina


Gambar Anak Dr Sheikh Muszaphar Dr Halina 1 Sophea Isabella Baby Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina

p/s:comeiii gileee......kaedah bersalin yang di gunakan oleh dr.halina adalah duduk dalam tab air bersalin dalam air selama 18 jam..ambik ko....!!! dia kata tak sakit..jom puan-puan kita cuba..hehehehhe

Suhaila, Isteri Jimmy Shanley Dedahkan Rahsia Keretakan Rumah Tangga Mereka

Akhirnya setelah lama berdiam diri, isteri Jimmy Shanley iaitu Nursuhaila Eliani Suhaimy tampil ke hadapan untuk mendedahkan punca sebenar keretakan rumah tangga mereka berdua. Mengikut Suhaila, Jimmy Shanley terlalu mengongkong dan pernah memukulnya beberapa kali. Berikut ialah pendedahan Suhaila kepada Mstar.
“Saya tidak suka Jimmy kerana perangainya pelik yang bukan seperti orang biasa. Semasa majlis pertunangan kami, rombongan pihak lelaki yang hadir hanya lima orang sahaja dan semasa majlis akad nikah, rombongan pihak lelaki tak sampai 10 orang… itu pun di kalangan ahli keluarga sahaja.
“Tidak ada artis atau selebriti yang hadir bagi pihak dia (suami). Untuk pengetahuan umum, itulah perangai Jimmy Shanley yang tidak mempunyai kawan,” ujar Nursuhaila dalam satu kenyataan bertulis yang diedarkan kepada para wartawan dalam satu sidang akhbar khas yang diadakan di syarikat milik keluarganya, Perwanza Enterprise (M) Sdn Bhd, di Damansara Damai di sini, Isnin.
Suhaila, 25, berkata, sejak berumah tangga pada 1 Oktober tahun lalu, kehidupannya tidak tenteram kerana mereka sering bertengkar disebabkan Jimmy,32, enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan.
Malah dia menyifatkan Jimmy sebagai seorang yang “pelik” dan enggan bercampur gaul dengan ahli-ahli keluarganya yang lain dalam apa-apa majlis yang diadakan.
“Dia ingat dia tu superstar tak layak untuk bergaul dengan sanak saudara saya. Setiap kali majlis kenduri diadakan oleh bapa saya, Jimmy jarang bertegur sapa dan bersalaman dengan sanak saudara kami.
“Paling teruk saya pernah dipukul lebih kurang empat hingga lima kali sepanjang sebulan bersamanya. Sebelum akad nikah dan semasa berbulan madu di Koh Samui (Thailand) saya juga mengalami peristiwa yang serupa.
“Selama ini saya berdiam kerana tak nak publisiti murahan…saya orang bisnes dan tak suka publisiti macam ni.Banyak lagi yang saya pendamkan dan tak perlu dihebahkan kepada umum,” ujarnya.
Tambah Suhaila, dia tidak faham mengapa Jimmy tidak cuba untuk berkomunikasi dengannya setiap kali mereka menghadapi masalah tetapi pengacara itu lebih senang mengadu kepada ibu Suhaila, Muniroh Kasim.
Dalam pada itu, Suhaila juga mendakwa, Jimmy tidak membuat sebarang pembayaran kos rawatan bersalinnya, bayaran mengurut mahupun wang untuk membeli lampin untuk anak mereka Zahrah Shanley yang lahir pada 24 Jun lalu.
“Dia kata dia seorang yang bertanggungjawab… semestinya dia sudah membuat persiapan tersebut dan bukan cakap kosong di media sahaja.
“Selepas bersalin, saya tidak pernah pun menghalang dia untuk berjumpa anak kerana saya tahu, Zahrah juga memerlukan Jimmy dan saya tidak akan halang kasih ayah terhadap seorang anak,” ujarnya.
Apabila dihubungi untuk memberikan komen mengenai pendedahan daripada isterinya, Jimmy Shanley tidak menafikan pernah memukul isterinya. Berikut ialah kata-kata Jimmy:-
“Ya, memang benar. Saya pernah memukul Suhaila pada hari ketiga perkahwinan dan hari kedua kami bulan madu. Kejadian itu disebabkan dia mengingkari nasihat saya. Tetapi saya tidaklah memukul sehingga mencederakan dirinya,” ujar Jimmy.
Tambah Jimmy, dia tidak pernah mengongkong kehidupan Suhaila sebaliknya cuba mendidiknya menjadi seorang isteri yang baik selain memintanya mengurangkan aktiviti yang sering dilakukan semasa hidup sebagai seorang bujang.
Paling menyedihkan kata Jimmy sepanjang sebulan selepas perkahwinan, dia hanya sempat bersama Suhaila selama 10 hari sahaja dan selepas itu isterinya cuba mengelak untuk meluangkan masa bersama selain lebih pentingkan rakan-rakan berbanding suami sendiri.
Mengenai tuduhan Suhaila kononnya Jimmy tidak membayar kos bersalin, katanya masalah itu timbul kerana dia sendiri tidak diberitahu mengenai hari kelahiran anaknya.
“Saya hanya diberitahu menerusi SMS pada hari kedua bahawa anak saya sudah dilahirkan tetapi dia tidak beritahu saya bila dia akan keluar (wad) jadi macam mana saya mahu menjelaskan bil perubatannya itu?” soal Jimmy.
Mengenai dakwaan isterinya yang majlis perkahwinan mereka tidak dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain, Jimmy mengakui memang dia tidak ramai kawan rapat.
Jimmy juga bertegas, setiap kenyataan yang diberinya selama ini bukan kerana ingin meraih publisiti murahan sepertimana yang didakwa kerana sepanjang tujuh tahun bergelar selebriti, dia tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi murahan.
Tambah Jimmy, dia juga mengakui, sepanjang masalah rumah tangganya berlaku, dia sering mengadu kepada ibu mertuanya tetapi itu berlaku kerana kesukaran untuk berhubung dengan Suhaila sendiri.
Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Jimnmy Shanley, isteri dan anak mereka berdua.

copy abis dari :http://beautifulnara.com

FOOTBALL ,GEGiRL

assalammualaikum,

(tiap kali berblogging) mesti beri salam..kan satu pahala tu..)heheh malu.."macam ustazah pilihan pulak.... so nak citer lagi pasal si esya ni..aduyai..dikalangan sepupu papat dia...setakat ni dia la yang tunggal perempuan sebaya dan sewaktu dengan nya...aritu berkumpul untuk kenduri menyambut ramadhan kat umah maklang (buat2 kenal la yea) ...pastu petang tu pi jenguk kjap pe yang patut di tulun.."tak tulun pun masa tu tgh pening2 cinta..."so bawak la sekali si esya nie..so dia ni minat bangat dengan ball..so masa sepupu sepapat dia main pe lagi...mengikut seperjuangan la main bola..!! aisyhh... dah macam beboy da aku tgk!! tak caya meh tengok gambar....

tengok be boy semua kan!!!

sepakkan dari mohd esya..hahahhaha


saper nak jadi keeper!!!
nampak tak beza arissya 1tahun 9 bulan  dgn boy tu amar 4 tahun?? dah nak sama tinggi NyEr!!!


tibe-tibe sweet !!!

assalammualaikum,

tibe-tibe nak sweet plak..ala macam biasa saje nak men "sweet" kan blog tentang arissya adriana. dia kan duduk dengan nany dia..so tiap kali jumpa dia, ada jer lagu update yang dia nyanyi.... ala lagu wake up wake up..entah la..pastu lagu selektron indonesia..cite ape tah..kat channel  105 prima pukul 2.00pm tu..siap mulut muncung "minta ampun aku....bukan siap-siapa,...aku hanya manusia, aku bukan siapa siapa.."gitu la lagu nya.. aisyyhh..
i'm really glad have beautiful and sweety girl like arissya...dia la penhibur lara hati kami...pandai berkata-kata..ayat yang sanga manis sampai mummy pun tergoda dengan kemanjaan dia tu!!!aissyhhhh...........





heheheheheh  (",)


Thursday, July 21, 2011

KANDUNGAN MUMMY MINGGU KE-10

 sAlam semua,

Nak kongsi perkembangan baby yang dikandung ini untuk kamu semua.......

Doaku semasa mengandung :

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.”
“Ya Allah, peliharakanlah anakku selama di dalam kandungan dan sembuhkanlah ia, Engkau Maha Penyembuh, tiada sembuhan melainkan penawarMu, sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah, lahirkanlah ia dari kandungan ku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, cerdik berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah elokkanlah akhlak (perangai) fasihkanlah lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca hadis dan al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad SAW.”

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.
Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung

.











Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).
Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.
Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.
Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.
Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.
 











Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak. 

Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.


Wednesday, July 20, 2011

"OCTOMOM" Nadya Suleman..

salam semua,

hari nie mummy nak kongsi skit..semalam tgk opera kat channel DIVA on astro..kali nie Oprah Winfrey bersama dengan para jemputan khas pakar kewangan iaitu Suze Orman dan "OCTOMOM" Nadya Suleman. klu nak tau siapa nadya bole seach kat sini.







So, Winfrey mengulas kembali tentang kehidupan seorang wanita yang bernama Nadya Suleman. dia nie mempunyai 14 anak anak 12 daripadanya adalah kembar..6 pasang kembar yang berumur dua tahun dan 6 pasang kembar yang berumur 3 bulan, dan yang selebihnya anak sulung dia baru berusia 9 tahun, anak kedua 8 tahun serta anak ketiga 7 tahun...wahhhh berderet kan....gile hebat pompuan nie..

korang mesti pelik macam mane dia bole dapat anak kembar sekali 6????haaaaaa dia nie ambik suntikan hormon sebanyak 2 kali..dah mcm pembiakan ikan dah..dia nie pun single mother..NO married ok!!!

Suze Orman ini pakar kewangan ..so dia selidik kewangan nadya ni memang terdapat banyak cek tapi dia hamir muflis?? kenapa?? anak kembar dia keluar dah jadi isu besar masa kat america..mane tak yer 6 orang sekali keluar..harusla jadi publisiti yang hangat..so ramai media yang menceritakan tetntang anak nadya dan dia dapat menggaut untung yang banyak dari hasil publisiti anaknya..

Bile di tanye Suze Orman kenapa mempunyai anak ramai sedangkan kau tak mampu nak menannggung semua beban dan perbelanjaan anak??
dia jawab : dia macam dah gile kepada budak-budak..!! bolehhh jawab camtu?

pastu lagi best...dia juga ubahkan bentuk badan dia jadi lagiiii hot...bibir dia...braes dia..tapi dalam opera dia kata di just tukar braes dia sahaja ..bibir memang original..dia membelanjakan duit anak dia untuk kecantikkan supaya dia nampah HOt MOm sebanyak 150,0000 dolar tau sehari!!! pastu dia ada guru Gim untuk dia bersenam tiap malam, dia ada 5 penjaga budak dan mempunyai rumah besar diatas duit anak-anak beliau...kalau nak tau lebih lanjut tgk kat  blog sini.


tapi yang menjadi persoalan mumy kenapa dia diBenci orang ye??kenapa dia dicemuh gile2..?
ada yang kata dia gile psycho  ,!!! ehemmm..entah la...

Thursday, July 7, 2011

TERINGIN J.CO

Salam Semua,

Semalam mumie teringin  nak makan Donut J.Co tau...aduyai...so, nak taknak..balik kjer sampai jer park kat rumah mumie terus call en.dady.."dady...mumy teringin nak j.co la..."...en dady: ok mlm ni kita g beli yea..dady balik awal.."

Untuk makluman uall , bile dah jadi mak buyung en.dady layan mumie mcm princess...dia jemur kain, dia angkat kain..padahal perut tak besar lagi pun..tapi di sebabkan ada kes aritu yang nyaris gugur so mumy tak bole buat kjer berat pun..akan sakit sangat perut tu...aissyhh...tak da alahan kali nie tak kuat pulak badan ni...so dady manjakan la mumie..arissya mumie langsung ta bole dukung...sian dia tau...

so malam tadi sampai kat IOI Puchong..terus berlari..hihihihi ke J.CO dan melihat ..almond donut xdaaaaaaaaaaa>.........kecewa nya hatiii.....siap suru budak tu tolong buat almond lagi..tapi donut ring xda so xbole nak buat..

so dady kata..beli jer baby donut tu pun ok..semua flovour ada..so nak taknak ambik jugak la..anyway thanks for my hubby to buy my donut...sempurna akhirnya tekak aku...besttt sangat dapat makan..hati gumbira sangat-sangat....hehehehehheh

J.CO Donut

Baby Donut

Best kan semua flour ada..tapi paling best almond,,yang hujung sekali belah kanan bawah...

Sekali masuk dalam mulut jer!!! hilang dahhhh!!!

p.s : dady , i'm really happy dapat makan ini donutt laaa.....tq sayang..