Wednesday, March 30, 2011

TEST 30D CANON

hi uall...arini mummy saje jer nak test pakai kamera 30D canon tanpa edit ape-aper tau!!!..hmmm melihat kan muka ku yang amat la pucat yer..hehehhe..tu saje nak cite..uall mummy banyak benda nak kongsi tapi kabel hp mummy telah hilang tak tau sape yang curiiii o pinjam tak pulang-pulang ...geram la plak..hmm nnt mumy nk syer tentang mummy buat celebratre party birthday utk hubby yang 25 yang sangat humble but buat dia muka terkejut beroook!!! hahahha...nanti tnggu mummy cari tali kabel dlu k..daaa.....





aloh aloh yang tomey niee.. sape lagi nak angkat bakul sndiri!!!hihihihihi

Tuesday, March 29, 2011

NAK BAND LAGU NIE..!!!!

boleee tak mengidam nak nyanyi lagu nieeee...mummy teringin nak jam lagu ni laa...hihihihi..hubby kata bole.."nanti kita g studio jam lagu ni k..tapi tnggu rahim free la".(hope dapat la) mummy macam suka plak lagu ni..mcm happening dan nak tujukan lagu nie utk lelaki yang tak sejati mcm tettttttttttttttttttt!!!!!!hehehehehhe.........

 Pelik – Liyana Jasmin


Kata-kata yang kau beri
Ayat manis ku takkan peduli
Kerna kau lelaki
Cakap cinta tapi dusta
Madah indah intan dan permata
Engkau pura-pura
Hentikan semua
Kata-kata dusta
Usah kau ungkapkan cinta


Sakit
Ku telan pahit
Ku rasa perit
Ayat kau romantik

Jelik
Kau lagak baik
Rupanya plastik
Engkau memang pelik
Cakap cinta tapi dusta
Madah indah intan dan permata


Aku sudah tak percaya
Oh entah dimanakah
Lelaki yang setia
Mula dari saat ini
Aku inginkan kau pergi
Jauh dari sudut hati
Dan takkan kembali
Akan ku padamkan semua
Kisah cinta yang luka

sapa suka lagu nie jugak..!!!! angkat tangan...!!!

Friday, March 11, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA


Malam tadi kami melayan la citer hikayat merong mahawangsa yang telah mengutip wang pada satu hari sahaja dah setengah juta....... gile gempaq ..kami pegi 5 sekawan zan n wife, amy, mummy and dady..... kami tgk 11.30pm kat ioi mall puchong..nak tau kenapa kami tgk kat situ...kenapa tak tgk kat alamanda jer kan,...bole yer semua tempat full sehingga ari sabtu...book berbayar..dasyat kan...so filem tu mmg enjoy..tapi mngkin mummy tak minat sangat dengan sejarah so bole plak tertido...hihihihi...boyfriend syarifah amani tu cute la...mummy suka tgk watak dia pegang putera raja ROm...cute bangat..stepen pegang watak merong ok la...ala-ala pirates carribien la plak... dalam cite ni mummy bagi 3 bintang kott..coz banyak sangat bercakap yang meleret lere lorr..so far ok la.. yang penting dalam tu da maya karin yang semata-mata menjadi orang GOA yang terlanggar bahu dengan merong sahaja..hahhaa..jehan miskin last minute baru keluar..tu pun mati last sekali..hmmm so far Hebat n Ok jer..hihihihihi...



sebelum tgk wayang jom beli lolipop dlu...
boeh rest jap ...lambat lagi wayang nyer...
hubby best la tu!!!!
ibu mengandung pun turut join..isteri zant!!!officemate
officemate..my boss!

peach,,..!lelaki g berurut kami bergambar jer la...

PEMAISURI AISKRIM

Tengahari yang panas bangat tiba-tiba kedengaran..."mat cool..mat cool kawanku..mari kita makan matttttt coool" haaaa...."arissya maaa"  mummy dengan pantas tak berapa pantas berlari sambil mendukung esya...tunggggggggggggggggggggggggu!!!!!!! ambik ko mummy jeritttt....nak tau per???? kami berdua yang HANTU AISKRIM dapat makan aiskrim aritu...yeaaaaaaaaaaaaHHHHH !!!!!!...tghari yang panas tinggal kami bertiga anje, mummy, arissya...masa tu suara mummy tengah ROCKKK so di nasihatkan jangan makan aiskrim...tapi dady xda kan so kami bertiga melayan aiskrim dengan hati yang senang....hihihihihihi.paling happy arissya larrr..klu tak caya cuba tgk!!!!!

punya la lebar senyuman esya!

errrrrrr...chesss...

hihihihihi nak ker????

peach dady!!! kami mkn aiskrimmm....

Yum Yum bila la nak makn lagi camniii!!!!!!

Wednesday, March 9, 2011

SENTIASA SENYUM DAN CHANTEK....!!!!

salam uall ...lamanya tak ber blogging kat sni..huuuhuh......ni nak cite pasal bisnes mummy...mummy rasa bangga dan happy sangat bisnes mummy kat chanteklah http://chanteklah.blogspot.com semakin dikenali...alhamdulilah sambutan pada shawl yang kami jual sangat lah memuaskan hati pelangan ....yang penting kualiti...

SEBALIK TABIR CHANTEKLAH
  • kami berdua akan ambik stok kat  tukang jahit sendiri baik punya setiap dua hari sekali ....
  • shooting ALMOST pada hari sabtu dan ahad....
  • penat gile baban tapi best dan berbaloiiiii
  • seronok sangat klu customer happy dengan kualiti dan fesyen shawl kami berdua....
  • TAK suka da orang cucuk pada orang lain supaya jangan beli kat kami...
  • da orang mengata yang kami jual mahal dan sama kualiti tudung kat pasar malam tapi untuk makluman semua mummy ambil dengan supplier yang datangnya yang mahal dan kualiti sepadan dengan harga..so klu uall nak bising-bising cari org lain yer..(tak payah nak cucuk-cucuk orang...kira baik mummy anta sampai depan mata dan bg tudung yang chantek-chantek )
  • happy bila orang panggil blog chanteklah unik...
  • nak buka booth pun penaaaat tapi best bangatttt! jumpa ramai kenalan..
  • puas hati klu dapat ajar orang pkai shawl dengan mudah.... ;p
walaupun kami penat tak terkira tapi kami amatlah berpuas hati dengan kualiti dan sambutan dari shawl kami...yang penting customer kami haapppy dan puas hati..uall happy kami lagiii la tahap gaban happy!!!!!!

Berkerja keras sebaik mungkin kepada customer chanteklah!!!

supperrr mummy...upsss Super women!!!!!!!!
 so dont 4get to shopping in chanteklah blog k....!!!

http://chanteklah.blogspot.com

Wednesday, March 2, 2011

J.K.ROWLING PENULIS YANG PALING BERPENGARUH

nak tau tak siapa J.K.Rowling adalah penulis yang berpengaruh. siri novel harry potter mengisahkan tentang seorang kanak-kanak lelaki memiliki ilmu sihir, nyata memberi impak yang besar sehingga sekali gus menjadi anatara seorang terkaya dengan aset berjumlah 1 billon USD.

Sebelum J.K.Rowling mengeluarkan novel harry potter yang pertama berjudul Harry Potter the Philosopher Stone di anggap karya "sampah..." sebelum dia menulis hidup penulis ni seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang....karyanya ditolak kerana kehidupannya tak menentu sebab tu la penerbit bnyak tolak beliau....

beliau mendapat karya ini selepas bercerai dengan suami beliau lalu mengambil inisiatif melakukan penulisan kanak-kanak sebagai inpirasi beliau..

setelah banyak penolakan dari penerbit, syaraikat Bloomsbury memberi peluang kepada beliau untuk menerbit sekali gus menaikkan namabeliau dan kehidupan yang miskin dan susah pada penulis selebriti yang terkaya dan terpengaruh  di dunia...kini karya Harry Potter menjadi salah satu siri novel terlaris di dunia turut dialih bahasa kepada 50 buah bahasa.....

so ingat yer..bukan senang nak jadi senang!!! macam maner sekalipun orang buat kat kita or hina kita...kita tetap sabar dan terus maju supaya menjadi seorang yang termasyur suatu hari nanti,,,,insyallah...!



J.K.ROWLING

SENGAL VS SENGET

Nie lah klu dah tak da kjer kat opis...haar ko ni kwn baik mummy kat Uitm dlu..dia datang opis nk buat survey Master dia..so masa dia datang tu mula la program sengal Vs senget kami..bukannya aper mcm da lama plak tak buat benda-benda senget ni..hahahah jom jer la layan!!!!!












Jangan mara yer baya letak pic aksi melampau ni..~hahhahah

Tuesday, March 1, 2011

I MISS BGF

my Dear Elly...if u  read my entry...i nk bgtau i really miss a lot of thing with u..kenangan kita bersama..agak sukar nak lepak bersama seperti dulu kan kan..sekarang ni masa dah banyak berubah..elly pas married ni if kita tak jumpa macam dlu i still love u and miss u much tau bukan tak ingat kat u but bz lorrr dengan anak and aktiviti mcm-mcm lorr......u nk tau apa yang paling i rinduuu..  paling i rindu duduk dan berborak sesama sambil dengar lagu maria carey kan kan..hihihihi...pastu makan durian kat taman..ingat tak???pasni klu nak makan durian kat USJ kena lah bawak anak-anak kita sekali.."but" kna tnggu ank-ank kita membesar dlu la kan... apa-apa pun i really miss u much Dear!!!!!! u are my best girlfrenz ever!!!!~~~~~





My Best Girlfrenz (BGF)


TIPS : MEMILIH BAJU NAMPAK LEBIH LANGSING



TIPS MEMILIH PAKAIAN

Tip berpakaian untuk tubuh berisi :


Memiliki tubuh pendek dan mungil, kadangkala menimbulkan masalah ketika ingin memilih pakaian yang sesuai. Namun ini tidak bererti masalah itu tidak boleh diatasi. Ada beberapa trik yang boleh dimanfaatkan untuk membuatkan tubuh badan terlihat lebih tinggi dan langsing:-

1.Kenakan baju atau blaus yang kemasannya menarik mata untuk turun secara vertikal. Kolar berpotongan 'V' merupakan pilihan yang baik.
2.Masukkan baju atau blaus ke dalam seluar panjang supaya kaki anda kelihatan lebih panjang dan tentu saja anda akan tampak lebih tinggi.
3. Pilih pakaian yang betul-betul sesuai dengan tubuh badan. Pakaian yang terlalu longgar seperti jaket yang besar akan membuatkan anda kelihatan lebih besar daripada saiz badan yang sebenar.
4.Kenakan pakaian dengan motif atau corak yang bergaris vertikal.
5. Jangan takut mengenakan skirt pendek. Sebaliknya hindari skirt yang labuhnya melepasi lutut atau sehingga betis. Pemakaian sebegini akan membuatkan tubuh badan seperti terpotong dan akibatnya anda tampil lebih pendek.
6.Jangan lupa mengenakan kasut bertumit tinggi.

6 Tip berpakaian yang mesti anda tahu:

1. Pakaian yang menggunakan warna gelap akan menimbulkan kesan ramping pada tubuh badan.
2. Baju tanpa lengan, berleher tinggi (turtleneck), sangat sempurna untuk meminimalkan dada yang besar.
3. Tidak ada kata maaf untuk garis seluar dalam yang kelihatan. Carilah trik agar garis seluar dalam anda tidak kelihatan. Salah satu caranya, gunakan seluar dalam berpotongan "G-string". 
4. Sebaiknya gantilah kasut lama anda, kasut yang sudah terlalu lama mempunyai warna yang pudar dan ini akan merosak penampilan.
5. Kasut dengan tumit yang sangat rendah sukar untuk dipadankan dengan gaun atau kemeja. Bagaimanapun, ia baik untuk kesihatan kaki.
6. Anda beruntung jika memiliki leher yang jinjang. Ini kerana bentuk leher seperti ini sesuai untuk baju yang berkolar tinggi. Jika leher anda sedikit lebih pendek, pakailah rantai atau kalung yang akan memberi kesan lebih cantik.

Jangan Lupa :

Menyesuaikan warna pakaian dengan waktu dan tempat. Warna gelap untuk acara formal sedangkan warna cerah untuk acara informal. Sesuaikan warna dengan karakter. Kalau anda ingin menyerlahkan sifat feminin, pakailah pakaian yang terdiri daripada warna-warna pastel. Sebaliknya, jika ingin ingin menarik perhatian orang ramai, pilih pakaian yang berwarna terang.
 

Perkara asas yang perlu anda tahu dalam pemilihan pakaian ialah memilih warna yang sesuai dengan kulit. Sekiranya anda berkulit cerah pasti mudah memilih warna pakaian yang sesuai, tetapi bagaimana jika anda memiliki kulit berwarna gelap? Semak tip berikut supaya anda tidak salah memilih warna.

1. Jika anda berkulit cerah (putih) jangan sesekali mengenakan warna-warna pastel seperti coklat muda, biru muda atau pink.
2. Jika anda berkulit kuning langsat warna-warna tropika seperti jingga, hijau, merah, kuning dan biru merupakan pilihan yang terbaik.
3. Jika anda berkulit sawo matang pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar anda terlihat lebih menarik.
4. Jika anda berkulit gelap, warna-warna tanah yang lembut merupakan pilihan tepat untuk pakaian anda.